Lupakah Aku.. Anak Ini Milik Allah

2:00:00 PM 21 Comments A+ a-


Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 7 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.


Mama papa sayang zulhakimi zaim hingga hujung nyawa


Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan sekacak ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

Sumber: facebook Dr Amirul

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

21 insan comel komen

Write insan comel komen
4/24/2014 8:21 AM delete

salam kenal..tsentuh baca entry ni=)

Reply
avatar
Ira
AUTHOR
4/24/2014 8:44 AM delete

syahdu baca entry jijah.
benar apa yg dikata.
bkn jijah je rasa camtu..
ira pun sama.. huhu...
smga kita sama2 melakukan yg terbaik untuk anak2..

Reply
avatar
4/24/2014 8:56 AM delete

Yea betul jijah..Jijah dah sihat? Harap terus sihat dan kuat yea..Entry ni satu peringatan yang baik sebab tu akak selalu ingatkan diri yang anak ni amanah Tuhan, bila2 dia boleh amik balik..So sesamalah kita beringat yea...Comel baby jijah ye, semangat lagi pulak tu..

Reply
avatar
nasa mulia
AUTHOR
4/24/2014 9:01 AM delete

Alhamdulillah kalau semua ibu bapa sedar akan hakikat semua hak milik kita hanya pinjaman dariNya...

Reply
avatar
Fatin ✿
AUTHOR
4/24/2014 9:15 AM delete

Ahh comelnye baby :)

May you'll become a great mommy , akak !

Reply
avatar
Sayangku Zie
AUTHOR
4/24/2014 9:43 AM delete

Betul tu... moga kita berjaya mendidik amanah Allah ini menjadi insan soleh dan solehah.. amiinn...

Reply
avatar
Rizziela
AUTHOR
4/24/2014 10:24 AM delete

betul..kadang2 kita terlupa dan terleka..selalu kita kata anak itu milik kita..tp sebenarnya kita lupa..anak itu milik ALLAH dan ALLAH pinjamkan anak2 utk kita sebagai amanah..peneman kita sepanjang hidup..Insyallah

Reply
avatar
Tentang Kita
AUTHOR
4/24/2014 10:35 AM delete

beruntungnya awak memiliki anak dan merasa nikmatnya mengandung....4 thn saya tunggu untuk dptkan anak smpai skang belum berhasil

Reply
avatar
- AZIE -
AUTHOR
4/24/2014 11:30 AM delete

akak pernah baca ni..tulisan Dr Amirul Amin..sedih...

Reply
avatar
4/24/2014 1:38 PM delete

sedih plak bc entry ini.. tersentuh

Reply
avatar
husna zahidi
AUTHOR
4/24/2014 2:20 PM delete

tersentuh dengan penulisan nih..hargai mereka di sekeliling..inshaAllah..

Reply
avatar
eima
AUTHOR
4/24/2014 2:23 PM delete

tetiba rindu ank ...

Reply
avatar
Sheila Salim
AUTHOR
4/24/2014 3:37 PM delete

Assalamualaikum kak, alhamdullilah. zuriat kita kena jaga molek2. in shaa Allah, banyak pahala... semoga Zulhakimi Zaim membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. amin ~~~

Reply
avatar
4/24/2014 5:40 PM delete

Puisi ni asalnya nukilan dari kawan Fiza sebenarnya yang dah tersebar luas.Memang menyentuh hati membaca.

Reply
avatar
4/24/2014 6:32 PM delete

Sebaj he baca jijah.
Tasha pon terasa je. Kdg2 mngeluh je tp bila tgk balik ni lah kebahagiaan yg tuhan pinjamkan. Kne lah jaga sebaik mungkin.

Reply
avatar
Aini
AUTHOR
4/24/2014 10:15 PM delete

Thanks Jijah.. Tersentuh baca

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
4/24/2014 11:46 PM delete

terkesan sungguh bila baca walaupun takde anak lagi..

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
4/27/2014 4:45 PM delete

Yup betulkan...kdg2x tanpa sedar kita terlupa dan sering mengeluh....

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
5/01/2014 12:38 PM delete

entry yg menyentuh hti
berat tanggungjawab menjadi ibu dan ayah
anak itu amanah dari Allah

Reply
avatar
Shida Radzuan
AUTHOR
5/09/2014 2:20 AM delete

tersentuh bca jiejah..huhuu..tiba2 rasa nak punya ank mcm hakimi :)

Reply
avatar
Mimi Azirah
AUTHOR
5/17/2014 10:38 AM delete

Tersentuh baca entry nih

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!