resepi telur
solid food
Step By Step Perkenalkan Telur Dalam Solidfood Bayi
4:35:00 PM
Nak intro telur bermula dari umur bayi 8 bulan dan ianya di lakukan secara berperingkat sebelum inject MMR( Measles, Mumps n Rubella) umur 1 tahun nanti.
Beri anak makan telur step by step:
1》Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja sepenuh masak
2》Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
3》Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
4》Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
5》Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
6》Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
7》Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
8》Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
9》Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu..
Bayi boleh makan kuning telur sahaja tetapi ibu perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
sekiranya didapati keluar tanda alahan seperti kemerahan di dalam mulut atau badan stop dulu makan telur selama seminggu.
jika tiada alahan, bayi sudah sedia untuk menerima suntikan MMR..
mari kita praktikkan dulu test telur untuk bayi kita sebelum usia dia setahun nanti. kita sebagai ibubapa kena ada pengetahuan untuk kesihatan anak kita sebab alahan ni boleh bawa maut kepada bayi kita.
p/s: mama baru kenalkan hakimi dengan telur dalam minggu ni.. harap-harap hakimi takde alahan dengan telur.. inshaaAllah ^___^
13 insan comel komen
okay..noted..thanks jijah share :)
ReplyDeleteMMR tu apa?
ReplyDeleteHusna x intro lg telur kat irfan...tggu la dah setahun lebih nanti baru bagi telur kat dia :)
ReplyDeleteHarap semua ok2 saja
ReplyDeleteharitu ayu baca majalah pun ada share mengenai telur utk baby. takut allergic kan..
ReplyDeletekak baru kenalkan bubur plain
ReplyDeletekak baru kenalkan bubur plain
ReplyDelete@Maria Hasun MMR tu measle,mumps n rubella.. campak la dengan kata lain..
ReplyDeletethanks for sharing.. :)
ReplyDeleteOoo..gitu ea.sblm inject kena dulu check...menarik.huhuhu..
ReplyDeleteooo.bru tahu.thanks jijah berkongsi
ReplyDeleteowh..baby nak makan telur pon kena ada step by step rupanya..
ReplyDeleteperkongsian yg bagus...tips yg bagus nih
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!