♥Tips Pregnancy
3rdpregnancy
Air gula MOGTT
mama to be
3rd Pregnancy Diary: Minum Air Gula
8:00:00 AMUjian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:
- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut
Biasa ibu hamil kena buat ujian MOGTT ni 2 kali dalam 14 minggu dan 28 minggu usia kandungan.
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
→Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran. Mula puasa jam 10 malam
→Minum air gula dalam keadaannya suam. Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
→Minum sekaligus air gula itu. Jangan minum sedikit demi sedikit kerana ini akan buat kita rasa loya.
→Selesai minum air gula, kumur mulut untuk menghilangkan kemanisan air gula didalam mulut.
→Jika mahu pitam,berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian.
→Selepas ujian darah kali kedua dijalani, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti.
Pengalaman sendiri:
Minum air gula masa kandungan 24 minggu. itu je lah satu kali! Alhamdulillah :)
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air..
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air..
Tunggu 2 jam, 10 am ambil darah balik untuk post MOGTT.
Result:
12 insan comel komen
semua ada pglmn mengandung msg msg kan..heheh
ReplyDeletekite kena 2 kali ari tu ...sbb checkup bila tah urine green ... sbb sblm pi checkup dahaga pi bantai minum air 100+ segelas ... tak pasal kena mgtt .... kedua 28w
ReplyDeleteso far ok je la tak le rasa manis sgt mcm org ckp tu pun .... minum laju2 kompom tak loya ... jgn pk sgt kata air gula tu tak sedap klu minda lebih2mmg jd taks edap la air tu ... kawal minda tu
alhamdulillah..jijah pun memang nurse kan..
ReplyDeleteFiza pun minum sekali ja masa kandungan 7 bulan, sebab berat tiba-tiba naik 5kg sebulan. Sekali ja naik 5kg, hehe terkejut nurse sampai minta balik2 naik penimbang nak pastikan betul atau tak naik 5kg. Hehe
ReplyDeleteoooo camntu ye...zaman sy dulu2 xkena minum air gula hihi
ReplyDeletemaknanya jgn biarkan perut kosong sblm minum air gula ya...
ReplyDeletep/s jgn lupa klik yaa
ReplyDeletehttps://aniesandyou.blogspot.my/2017/02/blogger2-berikut-sila-ambil-perhatian-ya.html
Dah nak masuk anak no 3 ye jijah.syukur alhamdulillah Allah murahkan rezki.
ReplyDeleteTime 1st pregnant minum air gula...akak termuntah..nasib muntah lepas ambik darah yg ke 2.kalo x kena ulang balik..
Alhamdulillah bebas kencing manis tak perlu risau kan jijah :)
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah yer cik jijah.. misz masih menanti cahaya mata yg pertama dah nak masuk 3 tahun perkahwinan masih belum ada rezeki..doakan misz ..anyway happy for u ..dah 3 dah...tahniah
ReplyDeleteHari tu kena minum air gula tapi saya tak buat sebab takut sangat-sangat dengan jarum. Asal pergi check up, mesti muka sayu jer. Lagi-lagi bila kena ambik darah.
ReplyDeleteTerkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9
oo ada tips ye minum air gula ni.. akak t3 kali peggy tak pernah minum.. kalau mengandung sekali rasanya kena kot...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!