Bahaya Air Masak Pada Bayi Kurang 6 Bulan

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan k...



Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya..

Amalan ini telah di praktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.



Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.


Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:


1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.


2. Merencatkan Akal

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.


3. Mengancam Nyawa.

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber yang tak selamat atau bekas air yang tak bersih.

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.


4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus,panas atau sembelit, beri bayi anda susu ibu sekerapnya...



You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. ooo baru tau...makna, selagi x smpoi usia 6 bln, kita cuma beri susu ibu / formula saja ya?

    ReplyDelete
  2. take note ibu-ibu dan bakal ibu sekalian :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!