Perkembangan Bayi Minggu ke 23

Minggu ke 23 23weeks=  6/5/13 Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. K...


Minggu ke 23



23weeks=  6/5/13


Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadap pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 11 inci panjang atau 29cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengagumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?

Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat. Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Pengambilan nutrisi anda - Vitamin:

Pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, folat, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Kalsium, Iodin & zink sangat baik terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Peningkatan keperluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi jika anda mengamalkan melalui diet biasa. Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan bayi yang sempurna.



You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. Semoga akak sihat-sihat jark menempuhi minggu akan datang (^_^)

    ReplyDelete
  2. sronok baca n3 ni.
    doakan ciksu ye jijah:)

    jijah tak ngundi ke?

    ReplyDelete
  3. baru tadi tengok gambar kak jijah kt fb.. nape akak nampak macam tak bermaya je? huhu

    ReplyDelete
  4. Semoga Jijah dan baby sihat ye :D

    ReplyDelete
  5. @QasehnyaRania jijah doakan ciksu di murahkan rezeki anak. Amin.. xbalik pon ciksu..xdpt cuti.

    ReplyDelete
  6. @aisya kan..penat keje yunk..huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!