Perkembangan Bayi Minggu Ke 32

7:00:00 AM 9 Comments A+ a-



9/7/13=32minggu


Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini. Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.7kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 42cm dari kepala ke jari kaki. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.




Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

9 insan comel komen

Write insan comel komen
aisya
AUTHOR
7/09/2013 8:48 AM delete

tak terasa kan kak jijah.. tinggal brape minggu je lg.. =)

Reply
avatar
izzah
AUTHOR
7/09/2013 9:08 AM delete

Dah 32 weeks dah...xlama sgt dh tu..kena ready mentally n physically sblm nk beranak nnti...moga baby sihat2 sokmo yek..=)

Reply
avatar
7/09/2013 9:19 AM delete

tak sbr nak tgk bby jijah..hihi

Reply
avatar
eima
AUTHOR
7/09/2013 9:35 AM delete

kejap je dah 32 minggu ......

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
7/09/2013 9:36 AM delete

@aisya mendebarkan ok.. hee

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
7/09/2013 9:36 AM delete

@izzah InsyaAllah mudah2an.. doakan jijah selamat yer :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
7/09/2013 9:37 AM delete

@nuyui a.k.a miss YUI hehe sabar yer :) doakan jijah selamat..

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
7/14/2013 9:47 PM delete

jijah...pastikan mkn cukup yer start minggu 32 ni ^^

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
7/15/2013 11:53 AM delete

@ayuttak leh nk makan sgt ayut..puasa..he

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!