Koma 2 Bulan Kerana Buli

5:28:00 AM 10 Comments A+ a-


Buli bukan demam


MERSING: Selepas sedar daripada koma selama dua bulan, baru ibu bapa seorang pelajar tingkatkan tiga sebuah sekolah menengah di Rompin, Pahang mengetahui anak mereka tidak sedarkan diri kerana urat saraf di lehernya terputus dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras oleh pelajar senior dan mangsa kini kemungkinan lumpuh.

Mohamad Amirul Abdul Rahim yang koma di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sedar semula pada 8 Ogos lalu dan apabila ditanya ibu bapanya mengenai kejadian dia terjatuh dalam dewan ketika menduduki peperiksaan pada 23 Mei lalu, dia mendakwa dibuli enam pelajar senior yang memukulnya dengan objek keras sama ada kayu atau batu.

Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 23 Mei lalu, Mohamad Amirul menduduki peperiksaan percubaan kertas Bahasa Melayu untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila tiba-tiba terjatuh di dalam dewan dan tidak sedarkan diri.


Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk, Rompin, menghantarnya ke Klinik Tanjung Gemuk sebelum doktor mengesahkan dia demam panas.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Aris, 57, berkata sebelum itu, warden sekolah menghubunginya memaklumkan anak ketiga daripada enam beradik itu terjatuh mungkin kerana demam teruk.



“Saya tidak puas hati dengan penjelasan warden serta doktor, tetapi ketika itu Amirul koma lalu kami menghantarnya ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke HSI.




“Di HSI, Amirul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lebih mengejutkan kami sekeluarga, pakar HSI mendapati urat saraf Amirul putus dan perlu menjalani pembedahan di lehernya,” katanya 


Ibu mangsa, Normah Jayapetri@Aziz, 42, berkata, dia dapat bercakap dengan anaknya itu selepas Amirul sedar daripada koma pada 8 Ogos lalu.


“Saya bertanyakan Amirul apa yang berlaku dan dia memberitahu dipukul seniornya dengan objek keras sama ada kayu atau batu.



“Kami kesal dengan kejadian yang menimpa Amirul dan lebih membimbangkan ialah masa depannya kerana berdasarkan penjelasan doktor, dia mungkin lumpuh kerana urat saraf berkenaan putus,” katanya.


Pada masa sama, Normah serta suami kesal dengan sikap kakitangan perubatan klinik yang mengatakan Amirul demam panas sedangkan pemeriksaan di HSI mendapati terdapat kesan dipukul di bahagian kanan dan kiri kepalanya.


Menurut Normah, suaminya membuat laporan di Balai Polis Majidee, Johor Bahru pada 9 Ogos lalu. Pada masa sama, menurut Normah, suaminya yang merujuk perkara terbabit kepada pengurusan sekolah Amirul dan dimaklumkan mereka menyiasat kes berkenaan.


“Kami harap Amirul mendapat pembelaan sewajarnya daripada pengurusan sekolah serta polis dan pelajar yang melakukan perkara terbabit perlu dikenakan hukuman setimpal,” katanya.


tengok tu budak2 lagi dah membuli. nampak gaya dah besar boleh jadi penjenayah bukan.

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

10 insan comel komen

Write insan comel komen
Wanie
AUTHOR
8/17/2011 6:36 AM delete

ape la nak jadi budak2 ni..sesame kawan pn nak pukul..sian budak tu jadi mangsa..huhu..

Reply
avatar
mOoN
AUTHOR
8/17/2011 8:34 AM delete

fuhhh...gila samseng budak sekolah skang ni...

Reply
avatar
ArulchelseA
AUTHOR
8/17/2011 9:25 AM delete

kesiannya..mcm2 la budak2 skang ni..cuak aku dibuatnya..

Reply
avatar
8/17/2011 9:37 AM delete

la.. kesianya.. tetiba risau kat anak2 akak kat sekolah...

Reply
avatar
Khairil
AUTHOR
8/17/2011 11:13 AM delete

apa nak jadi dengan budak2 la nie...teruk sangat...

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
8/17/2011 12:08 PM delete

budak2 skg dah mcm budak2 dulu..budak skg lebih terdorong mnjd bdak yg lbh jahat..xtaw slh siapa..byk tdorong dgn pgauln la tuh,hmm...

Reply
avatar
8/17/2011 1:39 PM delete

mcm mcm lahh budak zaman skrg..
nk badjet kuat je sorang2..
grrrrr

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
8/17/2011 9:51 PM delete

dorang rasa hebat kot buli2 ni..nak2 dendam o iri hati. tu sebab sangat buli hingga budak ni koma.

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!