Tips Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa

1:00:00 PM 24 Comments A+ a-



1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut"  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.


2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.


3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.


4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.


5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak


6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

24 insan comel komen

Write insan comel komen
8/15/2011 12:35 PM delete

hehe..tips berguna ni..

jgn suke2 kata gastrik xleh nak posela apa la yer.. ngeh3..

Reply
avatar
syrupmasin
AUTHOR
8/15/2011 12:47 PM delete

err..kalu makan pil puase mesti ta de gastrik :P

Reply
avatar
8/15/2011 12:50 PM delete

nasib baik farid tak penah
kene..jadi leh je telan ape2
pun nk berbuka nnti..hahahaha..
telan meja kerusi pun bolehhh
ekekeke..
thanks sharing kak..
=)

Reply
avatar
8/15/2011 1:04 PM delete

bagus tips nie...
ditujukan pade kaum laki...
bln2 pose dorg yg bnyk gastrik..

Reply
avatar
apik pehe
AUTHOR
8/15/2011 1:20 PM delete

hahaha..dah bese makan berat2 masa berbuka nga sahur

Reply
avatar
cik aisha
AUTHOR
8/15/2011 1:40 PM delete

gastrik bkn alasan tdk berpuasakn...:)

btw...salam perkenalan..;)

Reply
avatar
8/15/2011 2:14 PM delete

sy gastrik tp ttp puasa..
time sahur lepas mkn nasi minum nesvita confirm perot ok :)

Reply
avatar
Marniey
AUTHOR
8/15/2011 2:32 PM delete

nasib baik, kita takde gastrik. syukur, alhamdulillah. :)

Reply
avatar
Faridzuan
AUTHOR
8/15/2011 2:49 PM delete

Wah, terima kasih atas perkongsian maklumat itu. Hehe, patutlah saya kekadang gastrik, sebab bila je berbuka terus makan apa yang ada, macam dah balas dendam HAHA.

Reply
avatar
milo
AUTHOR
8/15/2011 2:53 PM delete

thanx for sharing this! saya selalu sakit perot huhuhu :(

Reply
avatar
WuMing
AUTHOR
8/15/2011 3:12 PM delete

Baru taw Brokoli tu ada unsur sulfur

Reply
avatar
A'IM
AUTHOR
8/15/2011 3:34 PM delete

haha.. bagus tul yang last sekali tu.. baru ada pengajaran

Reply
avatar
TYNTHA LANA
AUTHOR
8/15/2011 5:51 PM delete

Blog jijah pun dah ad perubahan sedikit ya.. :)

~jijah, pa beza no 1 and 2? hehehe.

Tau tak, kat tmpt bakery lana ni, ada je org laki, masuk selamba, beli roti n air..ramai lak tu.. takkan semua gastrik gak..gasak betoi depa ni..hurmm..

Reply
avatar
ArulchelseA
AUTHOR
8/15/2011 6:54 PM delete

gastrik mengejut bnyk buln2 pose ni..

Reply
avatar
::Cik Pija::
AUTHOR
8/15/2011 8:50 PM delete

wahhh bagus nihh!

boleh bgtau kat mak cikpija, sian dia gastrik :(

Reply
avatar
kaizen
AUTHOR
8/15/2011 9:22 PM delete

sy ade ubat tok gastrik ni.. mbr sy dah cube n terbukti berkesan.. sepanjang berpuasa ni jrg dah dia nak kne gastrik....

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
8/15/2011 10:56 PM delete

terima kasih semua drop komen..selamat beramal yer..

Reply
avatar
ABU
AUTHOR
8/16/2011 12:12 AM delete

wah ini serius tips ug sngt berkuna.. aku selalu berbuka dgn teh o ice.. tapi sofar tak pernah kena lgi..tq nice tips..

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
8/16/2011 1:06 AM delete

nice tips jiejah..shida flu kuat nih tp BW juga kat blog2 fav hehe :)

Reply
avatar
sara zainol
AUTHOR
8/16/2011 11:14 AM delete

owh ya.. nseb baek xpernah kena :) selalu time berbuka sara juz mkn kurma n minum air then solat.. pastu baru le mkn :)

Reply
avatar
alif haris
AUTHOR
8/17/2011 2:01 AM delete

thanks kak info tang gastrik nih ..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
8/17/2011 4:21 AM delete

no hal...suka berkongsi ilmu ni..

Reply
avatar
armouris
AUTHOR
8/29/2011 12:12 AM delete

lagi info tentang gastrik di SIHAT SELALU - Tanda dan Rawatan Gastrik

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
9/16/2011 12:24 PM delete

armouris:
maceh...jijah terjah sana!

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!