Tujuh negeri ikut jejak Pusat beri bonus RM500

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor mengikut langkah Kerajaan Pusat ...


KUALA LUMPUR: Tujuh negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor mengikut langkah Kerajaan Pusat dengan membayar bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta untuk membayar bonus kepada 16,000 kakitangan awam dan badan berkanun negeri yang akan diberikan sebelum Aidilfitri.

Di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan seramai 7,776 kakitangan awam negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. 

Di AYER KEROH, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata seramai 4,844 pegawai dan kakitangan awam negeri akan menerima bonus mereka pada 18 Ogos ini serentak dengan gaji bulan ini. 

“Pemberian bonus sebanyak RM3.2 juta yang turut meliputi guru kelas al-Quran dan Fardu Ain, adalah bukti sikap prihatin dan pemurah kerajaan negeri dalam menghargai jasa kakitangan awam selain mengiktiraf sumbangan mereka terhadap pembangunan Melaka,” katanya. 

Di SEREMBAN, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lebih 4,000 kakitangan awam termasuk agensi kerajaan negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta. 
Di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan membayar bonus kepada 12,570 kakitangan negerinya pada pertengahan bulan ini. 

Di KOTA BHARU, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kira-kira 6,000 kakitangan awam akan menikmati bonus yang dijangka membabitkan peruntukan RM5 juta. 

Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan mengikut langkah Kerajaan Pusat membayar bonus setengah bulan gaji dan menarik balik keputusannya pada 3 Ogos lalu untuk memberi bonus RM500 kepada semua kakitangan Gred 54 ke bawah. 

“Ia bukan bermakna kakitangan awam negeri akan dibayar dua kali bonus, tetapi hanya memberi mereka setengah bulan gaji seperti Kerajaan Pusat,” katanya. 




You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. nuyui: hehehe durian runtuh!

    ReplyDelete
  2. syok nyer huhu..shida mst xtsenarai~

    ReplyDelete
  3. terbelog: kahkahkah syok kan...hehe nak wit raya dr azri. lalala

    ReplyDelete
  4. shida'R: hehehe xpe kerajaan pusat dah bg bonus kira ok lah..ngeee~~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!