Resepi Ketam Masak Lemak

9:00:00 AM 8 Comments A+ a-


Teringin nak makan ketam katakan.. usul kepada mak! terus mak ajak ayah pergi cari ketam..
hasilnya mak buatkan Ketam Masak Lemak Cili Api.. !!

last makan dulu pun masa mengandungkan hakimi. lama tuu 2 tahun lebih tak makan ketam! mihmihmih


Bahan-bahan
4 ekor ketam besar, dibersihkan
1 batang serai di titik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
8 biji cili api*

Cara Penyediaan:
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit.
Dalam periuk, Gaulkan ketam dengan bahan kisar dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.
Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.




Mak cakap cukup la sekali makan ketam masa mengandung.. ada pantang larangnya.. tak tahu kenapa... kalau korang tahu share la ye.. -_-"


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

8 insan comel komen

Write insan comel komen
Rizziela
AUTHOR
11/23/2015 9:22 AM delete

lamanya x makan masak lemak ketam. .dah jarang g pasar..susah nak dapat ketam segar

Reply
avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
11/23/2015 10:16 AM delete

Ketam best, tapi nak makan dia tu yg mencabar. :)

Reply
avatar
eima
AUTHOR
11/23/2015 10:23 AM delete

takut anak terkenan ....
aku memang tak suka ketam sbb payah nak makan walaupun sedap .... hahahha

Reply
avatar
11/23/2015 2:19 PM delete

fav sy ni sejak turun temurun... tp part nk kopek isi ketam tu laaa plg malas sekali ;-)

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
11/23/2015 9:36 PM delete

Sedapnyaaa. Terliur pula. Hahaha

Reply
avatar
11/24/2015 3:49 PM delete

Sedapnya..makan ratah je tanpa nasi lagilah sedap..hehe

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
11/25/2015 8:57 AM delete

ye ke. tak tahu pula. jijah tanya la mak, nti share kt next entry k..
ketam n udang ciksu suka snngt .

Reply
avatar
sya mimie
AUTHOR
12/15/2015 8:38 AM delete

Sdapnya ketam.sthn jgk x mkn rsanya.

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!