Nasihat Untuk Suami

9:00:00 PM 25 Comments A+ a-



1.Isteri adalah manusiaMereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2.Dengar pendapat isteriSuami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3.Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4.Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan kalian adalah cerminan diri kalian sendiri. Kemana jua kalian pergi potret wajahnya perlu kalian bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5.Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' kalian tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika kalian sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6.Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesin jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika kalian tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri kalian itu dan tunaikanlah apabila kalian berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa kalian adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7.Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri kalian bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu. Jika kalian tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri kalian yang sedang menikmati makanan yang kalian masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8.Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9.Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya.
Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, kalian cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik.
Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10.Ciuman khas untuk isteri
Cuba kalian tanya diri sendiri bilakah kali terakhir kalian mencium dahi isteri kalian ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah kalian ciuman kalian di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.







sumber; Datuk Haji Fadzilah Kamsah


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

25 insan comel komen

Write insan comel komen
Terbelog
AUTHOR
7/18/2011 9:36 PM delete

bagus ni
yg last sekali tu
plg bagus Jijah :0

Reply
avatar
7/18/2011 9:47 PM delete

alhamdulillah semua dh buat.. cuma satuuu jerr yg cikgu masih tak mampu.... hurrrmmmm tataw nk wat mcm mana.. dh try mmg takleh...

-INGAT TARIKH PENTING-

yang tuu cikgu fail..!!

Reply
avatar
'Aisya Salim
AUTHOR
7/18/2011 10:00 PM delete

wah kak jijah ! bila nak makan nasik minyak neeh ? hehe :D

Reply
avatar
Khairil
AUTHOR
7/18/2011 10:23 PM delete

nasihat yang bagus untuk golongan suami...saya bab no. 5 tu lemah sikit...kdg2 terlupa...hihihi

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
7/18/2011 10:34 PM delete

@terbelog; haha org lom kawen jgn cakap! bahaya! hahaha

@cikgu wan; mak ai takkan tarikh buffday,anniversary tak ingat cikgu oi?? haha


@aisya; amboi.. tu je soalan yg selalu ditanya kan..hukhuk


@khairil: sama macam cikgu wan. mesti terlupa..adoii..bz keje la tu..hakhak


@padlie; sesama.sama2 beramal.

Reply
avatar
Aida Omar
AUTHOR
7/18/2011 11:42 PM delete

InsyaAllah harus di praktik kan nie..hehe

Reply
avatar
7/19/2011 2:50 AM delete

ehem ! nice entry laa akak cun ! :)

ehem ehem .. tngu turn kak jijah pulak nnt :)

Reply
avatar
WuMing
AUTHOR
7/19/2011 9:31 AM delete

Yang lain boleh ikut.. Penuhi hajat isteri ini... kena tapis sikit...he..he..he..

Reply
avatar
SuRiA PaGi
AUTHOR
7/19/2011 11:28 AM delete

bagus lau si lelaki bace neh

Reply
avatar
7/19/2011 12:14 PM delete

penuhi biar berpada kan..

sama2 senang hati..

Reply
avatar
ku-cit
AUTHOR
7/19/2011 12:27 PM delete

info yang berguna

Reply
avatar
7/19/2011 1:00 PM delete

bagus artikel ni..
heheh, elok print-out..
suh asben baca.. hahahah
neway, tq share artikel ni yer.. =)

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
7/19/2011 3:07 PM delete

hehe..bguslah..akan menyusur jiejah hehe ^_^

Reply
avatar
Elie Lily
AUTHOR
7/20/2011 12:17 AM delete

dgr nasihat isteri..
elie setuju dgn itu! wanita jugak ada hak untuk bercakap, kan? :)

Reply
avatar
TYNTHA LANA
AUTHOR
7/20/2011 9:19 AM delete

cik jijah..kalau lana sbg isteri..lana tak da mslh kalau sisuami lupa trkh ke apa..sbb lana jnis.trkh lahir sndri pn lupa,hahahahaha

tapi lana suka point no 2.. mendengar.. bagi lana..org zmn kini,lagi suka bercakap..dri mendengar..bukan isu rumhtngga..ant parents n ank2, rakan2, pnsyrh ngn murid..semualah..semua berebut2 nak berckp,tegakkan pndirian memasing..sudahnya..tiada sapa mhu mndgr.. T__T

Reply
avatar
Nisa' Azman
AUTHOR
7/20/2011 1:20 PM delete

tips yg sgt bgus, jijah!! hehe..nk kawin dh ke? *winks

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
7/20/2011 10:55 PM delete

@nisa' azman; ngeee~~ InsyaAllah thn depan..doakan yer..

Reply
avatar
alif haris
AUTHOR
7/21/2011 1:47 AM delete

hurmm last skali tu hari2 alif nk buat kt isteri nnt .. ahaa :D

Reply
avatar
7/21/2011 8:34 AM delete

nak yang khas2 belaka daripada encik suami kih3 :D

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
7/21/2011 4:57 PM delete

@alif haris; wah2..romantiknya..biar kekal hingga tua yer..hehe

Reply
avatar
Faisal Diana
AUTHOR
9/07/2012 2:26 PM delete

suka yg last tu..tpi semua suka juga.Kita sama situasi la jijah..suami jauh..rindddduuuu...sesekali jumpa...alahai....dh tu nak bpisah...susahnyyyyyaaaa

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
9/07/2012 3:12 PM delete

@Faisal Diana sedih kan syg...alahai.. sabar jelah hati..huhuhu

Reply
avatar
6/23/2014 12:30 PM delete

Alhamdulillah...
Semua saya dh buat...
Tarikh penting??? Hehe... IC no wife pun saya ingat walaupun dia x ingat sy punya IC...

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!