Asrama baharu untuk gadis hamil

sekolah harapan di Melaka yg menempatkan 30 remaja hamil JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini me...



sekolah harapan di Melaka yg menempatkan 30 remaja hamil

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.





“Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.
“Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing,” katanya.

kita doakan yang terbaik buat mereka ye. semoga memberi keinsafan.

You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. owh dh ada lagik eh.bagus lah kalau x dimana mana je dorg buang anak tu.

    ReplyDelete
  2. moga lebih ramai anak2 yg dilahirkan tak sah taraf ni dpt diselamatkan dr dibuang sesuka hati

    ReplyDelete
  3. huwaaaa nape tunjuk gbr ni..terus hati rasa sedih!

    rasa mcm dirobek robek..kejam punyer manusia..takde perasaaan ke diaorg ni????

    ReplyDelete
  4. erm..jgn dtubuhkn pusat mcm tu lg giat remaja kita bt mslah da la huhu..

    ReplyDelete
  5. shida'R: tah lah..tp sekurang2nya ade tempat perlindungan buat mereka. tp sebenarnya terpulang pd individu sama ada nak buat maksiat o tak..emm

    ReplyDelete
  6. rasa nak nangis tengok gambar tu...cam tak caya ada manusia sanggup wat camtu...anyway bagus la ada tmpat camtu sdela buang sana sini,sambil tu dapat membimbing mereka.

    ReplyDelete
  7. onna: memang dapat la bg dorang keinsafan drpd anak2 terbiar. atleast pas beranak ade keluarga angkat nak amik..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!