Takziah.. Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 ...


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Al-Fatihah,

Perginya seorang yang sangat pengasih dan berjiwa besar. Semoga Allah merahmatinya. Digolongkan ke dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh.

Marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah untuk beliau.




Allahyarhamah mampu mendidik anak tunggalnya menjadi ANAK SOLEH dan mampu mengimamkan solat jenazahnya.AL FATIHAH.




You Might Also Like

11 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!