Gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa

10:56:00 AM 10 Comments A+ a-


Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

#Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
  1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
  2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
  3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
  4. Kurangkan kadar makanan dari biasa
  5. JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
  6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:

  1. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka) (ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
  2. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
  3. Mengulangi makan sepanjang malam.
  4. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
  5. Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
  1. Kopi dan teh.
  2. Air paip masak yang tidak ditapis.
  3. Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
  4. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
  5. Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.
Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."



All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

10 insan comel komen

Write insan comel komen
7/08/2015 11:12 AM delete

Alhamdulillah.besederhana berbuka :) tapi kalau cuaca panas minum air terus kenyang..huhu

Reply
avatar
skuterlady
AUTHOR
7/08/2015 11:13 AM delete

hmm... saya kerap sendawa..hehe

Reply
avatar
7/08/2015 4:11 PM delete

nice sharing jijah.

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
7/08/2015 8:40 PM delete

aduhai. byk gaks kesilapan aida dlm berbuka & bersahur...
hu hu hu :(
tq for sharing...

Reply
avatar
Fadzi Razak
AUTHOR
7/09/2015 12:56 AM delete

Kurang faham la senang gelap mata tu. Maksudnye senang tidur ke ape?

Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

Reply
avatar
7/09/2015 10:58 AM delete

kadang2 mkn kurma je dah kenyang...

Reply
avatar
saye niza
AUTHOR
7/09/2015 12:20 PM delete

patutlaaa hihihi..dan dann kan :D

Reply
avatar
ros_reeza
AUTHOR
7/10/2015 6:03 AM delete

Thanx Jijah untuk perkongsian ni

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!