2nd Pregnancy Diary: 40 Minggu Yang Indah :)

Hari ni 30.1.2016 Tarikh EDD ikut last period! Kalau tak bersalin juga lepas ni overdue la nampaknya.. Hari-hari kena pergi klinik.....




Hari ni 30.1.2016 Tarikh EDD ikut last period! Kalau tak bersalin juga lepas ni overdue la nampaknya.. Hari-hari kena pergi klinik.. huhuhu

Kalau boleh tak nak overdue sebab daku dah ada risiko 1 parut c-zer dulu, jadi doktor tak galakkan induce dan peluang untuk bersalin secara normal amatlah tipis.. sobb~~ hari-hari berdoa supaya berjaya VBAC nanti..
tapi nak buat macam mana, Allah lebih Maha Mengetahui. jadi terima lah segala kemungkinan yang ada nanti.. kun fa yakun!

Baby seronok duduk dalam perut mama lagi. semalam scan estimated 3.4kg!! fuhhh semangat kaoo~~ betul betul ikut jejak langkah abglong dia 3.59kg masa lahir dulu.. itu pun overdue seminggu..!!

Harap sangat dapat bersalin normal sebelum kena admit wad untuk induce atau doktor decide c-zer.. semoga Allah permudahkan.. Amin...

Doakan daku selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin nanti samaada induce mahupun sebagainya..

"SETIAP ORANG ADA BAHAGIAN DIA MASING-MASING"


~Ya Allah permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala susah adalah mudah bagimu...
Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatmu ya Arhamarrahimin... ~



You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. ya Allah..ayat Kun Faa Yakun laa yg pakar cakap kat murni dlu ms sampai due Alysa tp kepala baby masih tak Enggage dan masih tinggi..dan dengan kuasa Allah malam tu juga pecah ketuban dan pagi esoknya bersalin..btul2 ikut due..Ape2 Murni doakan semoga Allah permudahkan segala urusan pn Azizah..Aamiiin!

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan jijah..insyaAllah baby akan kuar tuh..ckp2 n pujuk2 baby...akak nih xtau la mcm mne nti

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah jijah.
    semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. @Murni Alysa Allah.. seronoknya begitu..senang bsalin.. hrp2 mlm ni bsalin la jijah

    ReplyDelete
  5. X apa jijah..masing2 ad bahagian masing2.ada yg diduga masa pregnant tp Allah mudahkn proses bersalin.ada yg dimudahkn semasa pregnant tp terpaksa lalui kesukaran semasa bersalin.apapun itu semua kehendak Allah.sentiasa ingat Allah Maha Pengasih.setiap apa yg Dia tentukan pada hambaNya..ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..adikbaby dah selamat keluar dah..suka dia dok dalam perut mama dia taknak keluar awal

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!