Teratak Az: "Rumahku Syurgaku"

Selamat Tahun Baru 2016 semuaa!! Alhamdulilah nampak dah siap... bertambah ketidaksabaranku untuk melihat rumah ku siap sepenuhnya dan ...


Selamat Tahun Baru 2016 semuaa!!

Alhamdulilah nampak dah siap... bertambah ketidaksabaranku untuk melihat rumah ku siap sepenuhnya dan layak di duduki..



Sebenarnya sudah tidak sabar nak duduk rumah sendiri... Mesti best... Cuma pekerja-pekerja tu kata rumah siap belum tentu boleh duduk lagi sebab kena tunggu CF... dan kebiasaannya kalau nak dapat CF mengambil masa paling lama pun 3 bulan... emm lepas pantang la jawabnya baru boleh duduk rumah sendiri..




Inilah gambar tong sampah & peti surat ku... tapi yang tak bestnya tong sampah ni... tak de pintu dari dalam rumah so kalau nak buang sampah kena buka pagar keluar baru boleh buang sampah...huhuhu

Luar dalam dah cat, dah cuci lantai cuma sekarang pekerja tengah check defect. mana mana tempat yang retak/crack mereka tampal balik. 

Living hall

Hall. Nasib di pisahkan antara living hall dan dining hall.. kalau jenis hall memanjang pening juga memikir nak deko camner..




Inilah gambar ruang tamu daku... Kecil je kan saiz ruang tamu daku... cukup muatla 1 set kerusi. meja dan tv..huhuhu


Dining Hall dan Dapur




Dapur ni besar lebih kurang living hall tadi. Memandangkan dining hall pun sekali jadi nak buat KC pun kena buat L shape/ counter bar kot.. baru nampak perpisahan antara dapur dan meja makan.. malu kalau orang nampak kita masak....muehehee :p


Bilik

Bilik ada 4, bilik air ada 2. 

Master BedRoom

Kecil je, Muatlah nak letak katil, meja solek, dan sebuah almari...Plan nak buat wardrobe built in. tak tahu la muat ke tidak.. 




Bilik air dalam master bedroom... dalam bilik air ni ada shower, sinki dan yang paling penting ada jamban duduk...



Ini gambar bilik kedua dan ketiga... tak besar mana pun... bilik kedua ni untuk bilik tidur/bilik permainan abglong hakimi..



bilik ketiga ni tinggi.. akan datang boleh plan buat loteng.. hehe bilik ni daku nak jadikan bilik tetamu/ bilik solat/ perpustakaan.. hikhikhik




Gambar kat atas ni pula bilik belakang sekali yang ke-4. Kecik sikit berbanding bilik lain. so daku decide untuk dijadikan STOR...




Ini adalah ruang masuk antara bilik master bedroom dan bilik kedua. macam nak letak gambar kat dinding tu...



Ini gambar toilet kedua... Terletak di dapur... Dua-dua tandas gunakan shower dan tandas duduk. 



nampak tak crack tu.. sekarang pekerja pecahkan balik dan tampal simen baru.. harap tak banyak la defect nanti..

Sekarang tengah tunggu CF dan kunci rumah je.. bila dah dapat kunci rumah macam-macam dalam kepala pikir nak buat, nak pasang grill, masuk api air, buat kitchen cabinet, wardrobe, basuh rumah dan buat kenduri housewarming.. kalau dah bersalin time tu boleh la buat kenduri aqiqah sekali kat rumah baru.. hehehhee


Moga di permudahkan segala urusan... Amin








You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. lg xsbr bila tgk kan..hihi..

    moga dipermudahkan ya jijah..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyaa nak masuk rumah baru.. cantik plak tu rumah.. semoga segalanya dipermudahkan urusan kak jijah..:)

    ReplyDelete
  3. Besar rumah jijah. tak sabar sgt nk pindahkan bila dah ada rumah sendiri.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    srokkan tgk dr awal hingga skrg rumah jijah ni.
    puas hati..
    semoga dipermudahkan..

    rezeki adik baby ni..

    ReplyDelete
  5. Aminnn mudah2an dipermudahkan ye Jijah.. best da ada rumah sndiri. Paling best bole deko2..
    Selamat mendeko ye nanti 😃

    ReplyDelete
  6. bestnya da de umah sendiri kan...alhamdulillah rezeki 2016 ;-)

    ReplyDelete
  7. bla lom ltk perabot rs luas kn jijah da letak nnt tetiba rs sempit...peningggg ms tu ;-)

    ReplyDelete
  8. ehhh...sama la kita jijah, akak puntengah tunggu nak masuk rumah baru, tengah tunggu CF juga ni, tak sabarkan nak duduk rumah sendiri.

    Moga urusan kita nak masuk rumah baru dipermudahkan..inshaAllah

    ReplyDelete
  9. besar! alhamdulillah.
    memang seronok, jijah.
    teringat dulu aida masuk umah yg skang ni, 2006.
    time tgh sarat pregnen kat syuhada.
    Allah je Maha Tahu betapa excited nyer!
    selamat melahirkan & berpantang kan syuhada di rumah baru time tu.
    best!

    ReplyDelete
  10. makin tak sabar nak masuk rumah baru kan jijah bila tengok gambar hampir siap ni.

    ReplyDelete
  11. Jijah seronoknya dah nak ada rumah sendiri.. nanti share deco2 ekh

    ReplyDelete
  12. bestnya...kami pon tak sabar nak tggu rumah siap..excited macam nak dapat anak pertama pulak rasanya

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!