home progress
rumahku syurgaku
Teratak Az: The Begining
9:00:00 AM
Dalam masa sebulan ni sibuk uruskan Teratak Az ni. Nasib la masih dalam maternity leave. Nanti dah naik kerja takde masa nak uruskan perihal rumah. Alhamdulillah lepas pindah semenanjung rezeki dapat beli rumah di kampung halaman sendiri. untung lah daku dan suami satu kampung. senang nak ulang alik tak jauh mana..
Peringkat Awal Pembinaan
Actually tak pernah terpikir nak beli rumah. kebetulan ada pamplet rumah kat supermarket terus ambil then letak pamplet tu dalam kereta. keesokannya makayah naik kereta tu ternampak la pamplet ni. dorang risik risik rumah baru ni dan bila tengok gaji dan kelayakan loan lepas terus booking! masa tu daku kat sabah lagi. uruskan dokumen melalui faks.
Ini adalah gambar gambar awal masa rumah tu sedang disiapkan, makayah yang selalu datang melakukan site visit.
november 2014
disember 2015
ikutkan bulan 12 tahun lepas lagi dah siap. tapi ada masalah2 tak dapat di elakkan terpaksa tunggu lagi.. bulan 2 2016 baru dapat CF tapi elektrik dan air takde lagi..
Dan Alhamdulillah dua tahun menunggu 31 Mac 2016 lalu dah terima kunci rumah baru :)
Terima Kunci & Check Defect
Masa terima kunci rumah check aksesori rumah dan check defect.. mana yang ada crack kontractor terus tampal masking tape dan tanda supaya pekerja cepat baiki defect tu. Dalam tempoh 2 tahun kalau ada apa apa defect/kebocoran pada struktur rumah tu, bagitahu pihak pemaju. Alhamdulillah tak banyak defect yang major.
Bila dah dapat kunci rumah ni secara automatik rumah itu dibawah tanggungjawab kita. Jadi kena lah pasang grill cepat-cepat.
Sekarang dalam proses pemasangan grill, wiring dan table top.. Moga berjalan lancar..
Bila dah dapat kunci rumah ni secara automatik rumah itu dibawah tanggungjawab kita. Jadi kena lah pasang grill cepat-cepat.
Sekarang dalam proses pemasangan grill, wiring dan table top.. Moga berjalan lancar..
Target daku nak masuk rumah baru sebelum puasa. Orang kata nak beraya dengan rumah baru katakan, hihihi Amin mudah-mudahan..
Semoga di permudahkan segala urusan.. Amin.
11 insan comel komen
Alhamdulillah. :) Semua urusan dipermudahkan.
ReplyDeleteni mesti mcm2 dah rangka plan kan ... nk deco rumah
ReplyDeleteAlhamdulillah,murah rezeki jijah n husband dpt beli umah.Moga dipermudahkn urusan seterusnye ye :-)
ReplyDeleteaamiin
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan semuanya
Alhamdulillah rezeki kan...
ReplyDeleteBestnya da nak masuk rumah sendiri... boleh hias cecantik..
moge dipermudah kan.. sya boleh bayang die punye excited nak dapat umah br nih. hehehe. tringat sya dlu2 gitu la. plg sok mase pilih lampu la kipas la ape la. tp pastu pening. sbb duet kuar kemaen laju. hahahahha
ReplyDeletemoga dimudahkan urusan, inshaAllah dapat masuk sebelum puasa tu
ReplyDeletemoga semua plan berjalan lancar ekk.
ReplyDeletelagi brape hari je nak raya ni :)
Nanti nak datang raya rumah baru jijah :)
ReplyDeleteTak sabar rasanyakan nak tunggu ianya siap....tetapi ingat kita harus menabung mulai saat ini..sebab nak masuk rumah baru banyak duit nak guna...lampu kipas,dapur,dan macam macam lagi nak beli bak kata orang semuanya nak baru
ReplyDeletemoga semuanya berjalan lancar yunk
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!