home progress
rumahku syurgaku
Teratak Az: Kunci Rumah Baru
11:26:00 AM
Alhamdulillah.. 31 mac lalu baru dapat kunci rumah yang selama ini ditunggu-tunggu. Fuh! penantian satu penyeksaan!! Ramai kata bestnya nak duduk rumah baru, tapi nak dapatkan rumah baru aset sendiri ni macam-macam dugaan..2 tahun penantian..huu~~
Ini proses masa serah kunci
1. Appointment dengan Pemaju
Sampai je surat untuk serah kunci kat alamat rumah mak terus ayah call HQ untuk dapatkan appointment untuk ambil kunci
2. Serah Kunci
Sampai depan site, kontraktor dah tunggu. Masa serah kunci tu, kontraktor terangkan keadaan rumah tu. Dia bagi dua set kunci dan sign satu borang "hand over"
3. Check aksesori rumah
Check aksesori rumah bersama-sama kontraktor dan kontraktor akan tick pada borang dan kita kena sign. cuma masa serah kunci hari tu rumah belum ada elektrik dan air. jadi kotak dalam borang tu di kosongkan
4. Check Defect
Selepas check aksesori rumah tiba masa check defect pula.. mana yang ada crack kontractor terus tampal masking tape dan tanda supaya pekerja cepat baiki defect tu. Tapi tempoh warranty 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun kalau ada apa apa defect/kebocoran pada struktur rumah tu,bagitahu pihak pemaju. Alhamdulillah tak banyak defect. dan sign lagi borang. memandangkan meter air dan elektrik takde lagi jadi tak boleh nak check api dan air. kena tunggu ada baru boleh check
5. Cari Quotation
Part rumah dah settle so tiba masa nak cari quotation untuk grill dan kabinet dapur pula.
Macam tak percaya ada rumah sendiri. Opss belum lagi, kerja-kerja wiring, pemasangan, perpindahan pula menyusul. Estimated lebih kurang sebulan lah baru boleh duduk betul.
So next step adalah buat grill. Grill tu yang paling penting. Safety kan. Dah jumpa kontraktor yang akan grill. Dah ukur awal2 lagi tapi dia sibuk pula.. harap siap secepat mungkin. Boleh letak barang sikit-sikit.
Harap urusan rumah dapat settle dengan segera dan dipermudahkan sebelum naik kerja awal bulan 5 ni. Tak tahan tengok kotak-kotak kat ruang tamu rumah mak sekarang. serabut!! huhuu
17 insan comel komen
alhamdulillah...sronok dapat masuk rumah baru, akak masih menanti ni, mungkin 2 bulan lagi sebab masih ada yang perlu diperbaiki oleh pemaju
ReplyDeleteAlhamdulillah. ♥ Dah ada aset dah Kak Jijah. Rezeki Allah ni luas kan. Lahir Zahwa, lepas tu dapat berita baik untuk duduk rumah baru. Syukurrrrr. :)
ReplyDeleteBetulll, lepas ni macam-macam benda kena buat dengan rumah tu. Semoga urusan akak dipermudahkan yer saya doakan sentiasa. ;)
time ni la duit byk keluar .... tp nasib la rumah tak byk sgt tingkap pintu nk grill kurang sikit kos kan .. klu rumah bertingkat2..jenuh juga ...
ReplyDeletetahniah
Alhamdulillah.. rezeki Jijah..
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletetak pe pelan pelan angkut. nasib senegeri je kan.mudah la kerja pindah randah nnti :-)
pa pe pon tahniah buat jijah sekeluarga..
Alhamdulillah jijah..
ReplyDeleteDila doakan semuanya dipermudahkan...besnyee raya nanti dengan rumah baru :)
Alhamdulillah..! Sama la kita jijah... lps ni aina duduk sorang sorang sbb pindah masuk rmh sendiri...Semoga urusan di permudah kan jijah. =)
ReplyDelete@aryan azra belum dpt kunci lagi eh kak?
ReplyDelete@• Ain Cho'in • tq dik ain...sabar ada hikmahnya kan..Alhamdulillah
ReplyDelete@eima tu la kak..nasib baik takbanyak tingkap n pintu
ReplyDelete@ros_reeza alhamdulillah ros
ReplyDelete@QasehnyaRania nasib baik..hari2 p tengok rumah...hihi
ReplyDelete@Nurul Nadila inshaaAllah dapat beraya di rumahbaru
ReplyDelete@♥ aiNa yaZiD ♥ aikk..napa tu sendiri tuu
ReplyDeletealhamdulillah...penantian yg berbaloi2 ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah
ReplyDeleteLega kalau dah dapat kunci..kena settlekan urusan seterusnya pulak kan.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!