Stomatitis! Ulser Mulut! Aduh pedihnya...

8:03:00 PM 8 Comments A+ a-


Assalamualaikum kalian :)


Kalian pernah mengalami ulser mulut tak? atau dengan nama dalam medical STOMATITIS.
Ulser ini merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya tu.. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza kadang-kadang dari kecil ia akan merebak menjadi besar dan menyakitkan! Daku kadang-kadang mengalami ulser mulut ni sebulan sekali dan amat lah memedihkan!

Punca sebenar ulser mulut ni tidak dapat diketahui tapi ia sering di kaitkan dengan
  • stress
  • perubahan hormon
  • mungkin ada jangkitan
  • kekurangan zat makanan
  • alahan sesuatu makanan
  • alahan dengan bahan kumuran
  • tergigit mulut
  • kurang pengambilan air
  • kurang pengambilan buahan dan sayuran
  • trauma mekanikal iaitu kisses
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • rasa terbakar dalam mulut
  • kesakitan/kepedihan
  • ketidakselesaan yang berpanjangan
  • hilang selera makan
  • demam
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi biasanya mengambil masa 10 hari untuk sembuh sepenuhnya. Jika ulser kalian masih berlarutan melebihi dua minggu. Amat penting kalian melakukan pemeriksaan untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


Rawatan/Petua untuk menghilangkan rasa sakit
  1. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik
  2. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  3. Makan makanan yang lembut
  4. Kurangkan makanan pedas dan berempah
  5. Minum air secukupnya (1.5-2liter)
  6. Ambil buah-buahan/sayuran yang secukupnya
  7. Ubat bonjela yang dijual di pharmacy
p/s : selain itu berkumur dengan air garam..kalian berani tak?? pedih yang amat tu...tapi Insyallah pulih dengan cepatnya.. Biasa daku tak guna segala rawatan cuma daku perbanyakan minum air dan makan sayuran atau buahan jer.. sebab daku memang jarang makan sayur atau buah pun [hehehehe]

~Selamat Mencuba~

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

8 insan comel komen

Write insan comel komen
s.y.a.r.q
AUTHOR
2/22/2011 8:36 PM delete

adesss...kalau kene ulser, nak cakap pon tak lepas. Pedih

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
2/22/2011 8:48 PM delete

@syarq~ ha..tahu pon...nak2 kan lau besar punya..pedih gler...mmg xleh nk ckp...

Reply
avatar
2/22/2011 8:49 PM delete

ngah jd ulser ni..
dua tompok d tmpat yg sama..
beso2 pulak..
da mcm senget sblah da mlut nie..
thanks 4 da info..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
2/22/2011 8:59 PM delete

@fariza~ besar? mesti sakit gler2 tu fariza...byk minum air k..
tak letak garam pon...kumur2 je gan air garam..mmg pedih..tapi baik lepas tu..

Reply
avatar
2/22/2011 10:09 PM delete

perghh!! haha..mendedes oo!!

Reply
avatar
aNnE
AUTHOR
2/22/2011 11:41 PM delete

dapat bayangkan sakit dia..hehe

Reply
avatar
c-serak
AUTHOR
2/23/2011 10:49 PM delete

byk3 kan kumur garam..hehe

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
2/23/2011 10:58 PM delete

@nazrul~ menangis woo kena mata ikan tu! sakit!

@anne~ bayangkan jer kan..lau merasa lagi sakit..huhuhu

@cserak~ air garam?? tak nak...pedih wooo

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!