Tuesday, September 13, 2011

Hujan Panas Bawa Alamat???



Ku sangka panas hingga ke petang ... rupanya hujan di tengah hari...


Kadangkala cuaca berubah tanpa disangka. Panas yang menggigit tiba-tiba diiringi hujan. Apabila fenomena alam ini berlaku secara tiba-tiba, orang Melayu lama berfirasat hujan panas itu membawa petanda buruk.


Menurut kepercayaan orang tua-tua, hujan panas yang turun membawa alamat bahawa suatu perkara yang tidak diingini akan berlaku. Sekiranya hujan panas berlaku ketika kita sedang mengerjakan sesuatu, itu juga bermaksud pekerjaan itu tidak akan menjadi. Sekiranya kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat dan hujan panas turun tiba-tiba, sebaiknya kita berpatah balik. Sekiranya diteruskan, musibah akan menimpa. Sekiranya kita di dalam rumah dan hujan panas tiba-tiba turun, orang tua-tua pastinya melarang sama sekali anak-anak keluar rumah. Sekiranya keluar dan terkena hujan panas, anak-anak akan jatuh sakit. Ada kepercayaan yang mengatakan roh-roh dan hantu-hantu suka merayau tatkala hujan panas.


Menurut kepercayaan itu juga, roh-roh manusia yang meninggal dunia kerana bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami akan turun ke bumi diiringi hujan panas. Anak-anak juga dilarang duduk di tepi jendela sambil merenung hujan panas. Sebabnya, air hujan itu juga boleh memercik ke muka dan kepala. Biasanya, orang tua-tua melarang kita berhujan panas kerana takut dihinggapi sakit kepala. Paling dahsyat lagi, mereka melarang kita kerana takut 'keteguran'.


Menurut orang tua-tua, sekiranya roh-roh jahat turun ketika hujan panas, kita mungkin ditegur makhluk halus. Musibah lebih buruk akan berlaku sekiranya apabila ditegur, kita menoleh ke belakang atau menyahut. Kita mungkin disampuk dan mengalami demam panas yang teruk. Namun orang Melayu dahulu tetap mempunyai petua untuk menghalang musibah hujan panas berlaku ketika dalam perjalanan. Sekiranya hujan panas turun secara tiba-tiba, kita disuruh menyelitkan rumput lalang di celah telinga kanan.


Menurut orang tua-tua, burung murai akan berkicau ketika hujan panas. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu lama, sekiranya burung murai berkicau bukan pada waktu biasanya, itu petanda ada makhluk halus di sekeliling kawasan itu. Mengikut kajian saintifik, hujan memang boleh menyebabkan sakit kepala. Apatah lagi sekiranya ubun-ubun dan kepala kita dibasahi hujan yang pertama, atau hujan yang mula-mula turun. Secara logik, hujan awal itu membawa turun sekali bahan-bahan toksik yang terkumpul. Itulah yang menyebabkan kepala menjadi pening. Justeru memang tidak salah pesan orang tua-tua agar kita cepat-cepat mencuci kepala atau membasahi atas kepala dengan air, sekiranya terkena hujan. Hujan turun bukan tanpa sebab. Tanpa hujan, udara akan semakin panas dan perap, air tanah akan mengering dan tanaman akan semakin gersang. Namun banyak kejadian aneh yang berkaitan hujan berlaku di dunia.


Pada 2000 di Ethiopia, berlaku keganjilan alam apabila berlakunya hujan ikan. Bertan-tan ikan turun dari langit dan banyak yang masih hidup. Pada 1873, Bandar Misouri pula dilanda hujan katak. Hujan katak turut berlaku di bandar Minneapolis pada 1901. Hujan katak masih berlaku pada 1981 di Naphlion Greece. Pada 1995, hujan katak berlaku di Scotland. Ada juga kejadian hujan buaya, hujan ketam, hujan sotong, hujan obor-obor dan hujan jagung!


Apabila kita meneliti fenomena hujan sebegini, pastinya kita dapat kaitkan dengan ungkapan Melayu yang sering mengatakan 'hujan itu rezeki'. Fenomena yang berlaku membuktikan bahawa hujan bukan sahaja memberi makhluk dan tumbuhan air yang diperlukan tetapi juga rezeki yang sebenar. Ungkapan 'menanti rezeki dari langit' pula difahami bermaksud negatif. Kita tidak disuruh 'menanti rezeki dari langit' untuk mengelakkan kita pasrah dan hanya menanti dibantu untuk mendapatkan rezeki.


Falsafah orang Melayu menganggap hujan itu menyatukan manusia dengan dunia ghaib. Hujan adalah penyatuan kerohanian dan diliputi misteri. Hujan juga penyatuan antara wujud dengan tidak. Tranformasi hujan yang menjadi air dan bertukar kepada wap adalah misteri alam yang perlu direnungkan.


Manusia Melayu menganggap hujan itu adalah sumber kehidupan sebenar.




info dari petuamelayulama



17 comments:

  1. ada gak ckp.. HUJAN pns tandanya ada orang meninggal =)

    ReplyDelete
  2. hujan bleh buat demam.. kata org la kan.. tp klau nak elak demam letak daun keluduk kat celah telinga.. kih kih kih.. tu petua yg aku dengar la masa kecik dlu..kih kih kih kih

    ReplyDelete
  3. aku menganggap hujan itu masa untuk tarik selimut dan tido..hihi

    ReplyDelete
  4. kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan ditgh hari...
    tp tu lah, org tua dulu² memang banyak pantang larangnya,,mungkin sesetengah ada benarnya..tp zaman berubah..

    ReplyDelete
  5. Yg hujan ikan tu rasenye sbb ade puting beliung..ikan tersedut,pastu jtuh jdi hjan ikan..

    ReplyDelete
  6. amboi sekali dah macam bomoh la u ni bb.

    #nasi minyak hujan panas pulak membawa makna ada kenduri kawen keesokan harinya :P

    ReplyDelete
  7. wahh... baru tau la..
    sblom ni x tau plak hujan panas ade makhlus halus berkeliaran.

    mintak tolong sumbangkan idea untuk contest ni please. :D tq

    ReplyDelete
  8. Hujan turun betul-betul dari atas... Cahaya matahari pula akan terus sampai ke bumi jika tak di lindungi awan...

    ReplyDelete
  9. wohh..macam seremmm je..isk.

    ReplyDelete
  10. aahhh..kalo ujan panas, mak larang keluar rumah, takut sakit huhu

    ReplyDelete
  11. tunggu hujan emas....hehe

    ReplyDelete
  12. nuyui:
    yup mmg pon.maknanya tanda tak baik..


    arulchelsea:
    tu yg cakap hujan panas akan buat demam panas.kat atas tu petua selit rumput lalang celah telinga kanan.


    aku:
    hish kalau hujan sejuk mendung xpe.. ni hujan panas xsyok tidoo lah.


    cikgu bada:
    tapi petua pantang larang tua2 ada benarnya kena ikut..tu yg org tua2 mne de sakit2..


    speaker sekolah:
    hahaha yelah kot tu..mcm lawak je..


    afzalsukasuki:
    tu tak pernah dengar pulak...kahkahkah :P


    annika:
    hujan panas kan petanda buruk dear..lain kali kalau hujan panas jgn duk luar ok..


    wuming:
    yup betol.. tu untungnya ada awan dan hujan.


    missnadh:
    hahaha baca2..sebagai pengingatan.


    sutera kasih:
    ha mak pon percaya benda ni kan..itulah petua org tua2.

    ReplyDelete
  13. tak tau pulak menda ni.selalunya hujan panas ni kejap je pun kan

    ReplyDelete
  14. penuh misteri en3 kali ni, huh...

    ReplyDelete
  15. cik eliza:
    sejarah ke..tak la kot dear..lebih kepada pantang larang..ngehngehngeh


    azzah:
    yup kejap je..sebab kejap tu yg petanda buruk. hehe


    fara e's:
    hahaha ontah petua org tua2 je kot.


    caliph:
    biarkan dirimu di selubungi misteri nusantara. haha

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!