Thursday, September 8, 2011

Tips Memicit Jerawat


Assalamualaikum...

kembali dengan eTips..


Tips Untuk Memicit Jerawat..


Langkah 1
Cuci tangan anda dahulu. Ini sangat penting dan pastikan anda cuci tangan dengan sabun, bersihkan bawah kuku. Ia untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.


Langkah 2
Cuci muka anda dengan pencuci muka yang ada bahan antibakteria seperti Oxy, Shebamed dan lain-lain. Jika wajah anda masih ada make-up, gunakan make-up removal dahulu. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh dan make-up). Jika anda tidak bersihkan muka anda dahulu dan terus memicit jerawat, bakteria dari luar akan masuk ke dalam kulit.


Langkah 3
Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan proses memicit jerawat.


Langkah 4
Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum anda memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.


Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk memastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat kecuali waktu anda ingin lapkan isi jerawat yang terkeluar. Jangan terlampau memicit. Dikhuatiri akan meninggalkan parut.


Langkah 6
Dapkan toner ke bahagian jerawat, atau anda boleh juga gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Anda juga boleh steam muka dahulu sebelum memicit jerawat bagi membuka liang pori. Dengan cara ini akan memudahkan anda memicit jerawat.


NOTA: Jangan picit jerawat dengan kuku. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari  dan masuk dalam jerawat anda.


selamat mencuba ^^


15 comments:

  1. alhmdulillah,muka tidak berjerawat tapi ade bntik itam skit..ayoyoyyo...

    ReplyDelete
  2. btol.kalau pakai besi tu pun bagus kan.

    ReplyDelete
  3. ouch sakitnya picit jerawat..huhu~

    ReplyDelete
  4. tips yg bagus ^__^
    miya lepas picit jerawat je terus ltak ubt gigi..hehe..
    b'kesan tau :))

    ReplyDelete
  5. anis kadang pakai besi..tapi menahan la sakit nye..ades

    ReplyDelete
  6. dear,tag kamu buat kek..

    http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

    ReplyDelete
  7. perghh , nak picit pun ada tips , haha

    ReplyDelete
  8. wahh bleh guna tip ni..sbb muka bnyk jerawat la... kih kih kih

    ReplyDelete
  9. jerawat sebok nak naik bila nak come month.aish. lepas baca ni, boleh babai la jerawat tu.hue2

    ReplyDelete
  10. jgn picit...guna berus sabut ...gosok..heee

    ReplyDelete
  11. akak takut picit jerawat..takut sakit..huhu

    ReplyDelete
  12. Wahhhh... Picit jerawat pun ada TIPS??

    ReplyDelete
  13. paling best jerawat kat hidung
    sakit giler

    ReplyDelete
  14. hehehhehe..sha nie byk jerawat kot..nk try..:)

    ReplyDelete
  15. aduh sakitnya picit jerawat! kalau jijah biarkan saja. hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!