KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS

Assalamualaikum.. tadi kan ada orang post status kat FB berkenaan Penyebaran Biskut yang di campur dengan arak di Kilang Munchys di Bat...


Assalamualaikum..


tadi kan ada orang post status kat FB berkenaan Penyebaran Biskut yang di campur dengan arak di Kilang Munchys di Batu Pahat.






macam ni bunyinya..

BERITA TERKINI: JAKIM telah membuat serbuan ke atas KILANG MUNCHYS di BATU PAHAT. JOHOR. dan menemui sebuah stor ARAK. BOSS kilang terbabit mengakui bahawa ARAK tersebut akan dicampur kedalam biskut yang diprosesnya itu.. minta disebarkan kepada umat islam yg lain... Yang mengesahkan : PEGAWAI JAKIM PUTRAJAYA ( TUAN HAJI JALIL BIN RAIHAN )


bagaimana pon JAKIM memaklumkan bahawa itu adalah PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS.



1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.



Jadi lepas ni korang hendaklah berhati-hati apabila menerima sms palsu atau berita yang tak sahih lagi. Biskut Munchys ni halal untuk di makan ya. jangan risau.


You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. saya pun dpt gak tadi,mmg tak percaya cite ni...nasib baik jakim cpt2 beri kenyataan..

    ReplyDelete
  2. propaganda nk menghancurkan kejayaan org lain lah ni kot. sian munchys.. sedap kot biskut2 dia. hehe...

    ReplyDelete
  3. pyh gak suka sebar benda yg belum kompem btoi..

    ReplyDelete
  4. uuuu.... mau tak leh nak makan biskut dah..=.=' so, kirenye berita tuh palsu jek la?

    ReplyDelete
  5. lepas satu, satu kan.. semakin lame semakin wat umat islam keliru kn... adohaiiii

    ReplyDelete
  6. oh berita palsu rupanya...nak kongsi link lah

    ReplyDelete
  7. BETUL LAH SY DAH SEMAK KAT WEB JAKIM TADI

    ReplyDelete
  8. xtau pun sal ni..hehe..ade je maklumat palsu macam ni kan..dengki la tu..

    ReplyDelete
  9. nyata SMS itu fitnah...ada tujuan tersembunyi...

    ReplyDelete
  10. ct n honey:
    tu la paham..nasib baik jijah cepat baca kenyataan JAKIM!


    cik tikah:
    memang sedap..tp takkan lah sebab sedap die nak cakap campur arak kot!


    nuyui:
    tah..kdg2 org tu main bantai je suka sebar cerita


    bluewendy:
    berita palsu la yunk! boleh makan puas2 yer..


    taufiq:
    rasa macam dah tak selamat nak makan mcm2 kan..


    hafizal:
    kongsi lah yunk..sharing is loving. hehehe


    wanie:
    emm tak baik betol main fitnah2 ni kan..


    khairil:
    haah ada krim di sebalik biskut. hehe


    nelly:
    tahu pon..mcm tak selamat je nak makan.


    abah khalisha:
    hehe tah..mencemarkan nama baik tuan haji je..

    ReplyDelete
  11. tak dpt pon SMS tuh. Hehe.. biskut munchys sedap :)

    ReplyDelete
  12. phew~nasebb palsu..fiza suke kot lexus coklat tu!

    ReplyDelete
  13. cik ezatie:
    biskut munchys macam2 perisa pon memang sedap!


    azhafizah:
    haah sms palsu je pon..leh makan..jgn risau..

    ReplyDelete
  14. mcm2 lah haihhh..biskut pun jadi dorg nk mreka reka..kan..

    ReplyDelete
  15. Aduhhhh, sapa la yang suka sebarkan benda yang tak betul ni kan... :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!