Doa Buat Suami

8:30:00 AM 28 Comments A+ a-


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..Aku cacat tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

I love my husband..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..







All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

28 insan comel komen

Write insan comel komen
3/28/2013 8:56 AM delete

so sweett..semoga apa yg dodoakan dimakbul ilahi..aminnn

Reply
avatar
tenku butang
AUTHOR
3/28/2013 12:36 PM delete

singgah disini.. he2.. Aminnn.. kebetulan entri kita sama kot hari ni.. heee.. =)

Reply
avatar
3/28/2013 12:50 PM delete

Amin Ya Allah.. Sayu je bila baca bait2 ayat doa ini.. T_T moga aida juga kelak akan jadi isteri yang solehah begitu juga dengan jijah :)

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
3/28/2013 1:04 PM delete

buat jijah...semoga kamu menjadi isteri yg terbaik buat shapik yer.kita dh berdoa utk mnerima dugaan di dunia jgn di seksa di akhirat..jdnya,setiap dugaan yg dtg kuatkan semangat tau.hadapi bersama.insha Allah kelak di sana kita akan ringan.amin.doakan yg terbaik bt korang berdua.biasalah manusia tak lari dr kesilapan.mengalah tak bererti kalah.insya Allah.ada jalan.percayalah...
utk shapik..jg jijah tau! ^^
doa jijah slalu ada utk kamu yer shapik..hihi

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 3:10 PM delete

@nens cellection InsyaAllah kak.. amin..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 3:10 PM delete

@::Aja:: suami jijah nak pergi berjuang... takut kehilangan dia..huhu

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 3:11 PM delete

@Nurul Nadila Amin dilla.. sama2 berdoa untuk suami..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 3:12 PM delete

@tenku butang iye ker.. marilah kita amalkan doa ni.

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
3/28/2013 8:14 PM delete

Ameen. semoga dimakbulkan. :)

Reply
avatar
aisya
AUTHOR
3/28/2013 8:53 PM delete

amin...

*sebak*

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 11:25 PM delete

@Diari Si Froggie InsyaAllah aida.. sama2 lah kita berusaha jadi isteri yg solehah..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 11:26 PM delete

@ayuttq ayut... sebak jijah baca komen ayut..huhu

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/28/2013 11:26 PM delete

@Chic Na Amin ya robbal alamin..

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
3/29/2013 12:11 PM delete

aamiin.
in shaa ALLAH jijah.doa seorang isteri sentiasa bersama suami..
en suami nak ke mana?

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/29/2013 12:29 PM delete

@QasehnyaRania nak pergi tempat yg jijah tak nak dia pergi..huhu

Reply
avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
3/29/2013 2:17 PM delete

fuhh mesti terharu en suami jijah kan..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/29/2013 9:54 PM delete

@MaYa MustWany entah la.. dia like je kot..hee

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
4/03/2013 12:14 PM delete

suami jijah g lahad datu ke?

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
4/03/2013 1:50 PM delete

@IntaNBerliaN emm camtu la agaknya kak..huhu

Reply
avatar
ieJa
AUTHOR
4/03/2013 5:14 PM delete

semoge semuanya selamat..insha allah..kuatkan aty yer...

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
4/03/2013 7:48 PM delete

@ieJa harap2 jijah kuat.. rindu suami!

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!