Klip Kertas Dalam Mulut Hakimi

Ini cerita masa sebelum papa pindah semenanjung sebulan yang lepas. Mama dapat sms dari BS (Baby sitter).  Gugur jantung mama bila ...


Ini cerita masa sebelum papa pindah semenanjung sebulan yang lepas.

Mama dapat sms dari BS (Baby sitter). 
Gugur jantung mama bila BS hakimi sms kata hakimi simpan klip kertas dalam mulut. Pada hari kejadian, papa hakimi yang hantar hakimi ke rumah BS. Kebetulan masa tu papa hakimi nak uruskan borang-borang kontena mungkin ada guna klip kertas tu. Hakimi kan budak bijak, kuat mengutip. Tanpa papa perasan hakimi simpan dalam mulut dan papa terus hantar hakimi ke rumah BS.

BS perasan pun sebab masa tu BS nak bagi makan dalam jam 10am. Bila nak suap, hakimi tak nak buka mulut. BS pelik la. dia paksa hakimi buka mulut dan sekali nampak klip kertas. BS kata patutlah dari papa hakimi hantar hakimi main pun senyap tak buka mulut. 

BS cakap nyaris "kak tak masuk lokap jah". Rasa bersalah juga sebab datang dari rumah jijah kan. Kalau lah hakimi telan klip kertas tu. Nauzubillah... nasib Allah lindungi hakimi dan BS hakimi. 

bila ada anak kecik ni memang kena pantau betul2. malang tak di ingini bila-bila boleh berlaku kan. pengajaran buat mama semua. huhuhuhu



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*






You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. ya allah...syukur lah tak de ape2 yang buruk jadi...baru2 ni zahraa, tengah kunyah2 magnet yang ada dekat fridge magnet,..ntah macamane dia boleh bukak magnet tu dari fridge magnet tu...nasib baik cepat sedar n terus korek buang....lepas ni kena lebih ahti2...

    ReplyDelete
  2. ada anak kecil ni mmg kena lbh berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. Ya allah. Nasib xditelannye. Alhmdulillah. Da mcm pearl dah ape nmpk semua kutip huhu

    ReplyDelete
  4. @eamy milea kan.. budak2 ni sekecik2 zarah pon boleh nampak.. mata kemain terang lagi..hee

    ReplyDelete
  5. @nuyui a.k.a miss YUI tu la.. kdg2 mmg xsangka dari mane la datang benda2 gitu

    ReplyDelete
  6. @Kyla Pearlisha mmg pon yunk.. semua nak masuk mulut. ingat sedap sgt ke..hee

    ReplyDelete
  7. Nasib takde apa2 Kan kak jijah. Ajwad pun suka mengutip. Hari tu dia masukkan pin baju dalam mulut. Nasib Tim perasan. Dan nasib pin tu tak terbukak.. Buka. Sebiji . 3 biji dalam mulut. Haishhhh ajwad2

    ReplyDelete
  8. @Tim Cik KupuKupu Ungu 3biji dalam mulut ajwad?? aduhh nasib la tak telan.. takutnyaa

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dua anak den tak mengutip..sama macam bapak eh marin..hehe

    ReplyDelete
  10. Allah... Syukur lah kimi xtelan..

    ReplyDelete
  11. aduhai, nasib baik tak ada apa2 Jijah..

    ReplyDelete
  12. @Kiz MySelf hehehe bagus la jenis xmgutip..hee

    ReplyDelete
  13. @Ayu Zan mmg terus sujud syukur suami jijah tau.. punya dia risau

    ReplyDelete
  14. @ros_reeza tu la.. takut je kan.. bahaya betul dak kimi ni

    ReplyDelete
  15. lama betul klip tu dia kemam dalam mulut ye..kena pantau je la check mulut selalu jijah

    ReplyDelete
  16. adoiiii seram laa pulak sy bla mcm entry ni.... alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku...

    ReplyDelete
  17. Ya Allah nasib baik xde pape..Hakimi buat mama riso aje

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!