Menjelang 1 Tahun Hakimi Demam

Mula hari sabtu lagi badan hakimi suam suam panas Hari ahad suhu mula naik 38.5. daku kasi jelum dan mandikan dia je.. Kemarin isnin b...


Mula hari sabtu lagi badan hakimi suam suam panas
Hari ahad suhu mula naik 38.5. daku kasi jelum dan mandikan dia je..
Kemarin isnin badan hakimi masih panas. 
jam 11 am pengasuh call beritahu suhu 38.5'c. daku tak nak pengasuh susah hati daku suruh dia bagi supp/ ubat bontot then dia repeat suhu jam 2pm suhu hakimi turun dah 36.9'c




demam dan batuk. tapi siap pakej muntah lagi. pengasuh cakap mula jam 9am-3pm dah 5x dia muntah kat rumah pengasuh . muntah susu+lendir .. makan memang dia tak nak. minum susu pun kurang..

bila daku amik hakimi jam 3pm dia tak demam. main macam biasa.. tapi start jam 8 pm naik balik suhu 38.5'c. masih sama kalau boleh tak nak bagi hakimi makan ubat! just lap-lap, jelum dan mandikan dia dengan air lemon. sambil buat lemon sock.

lemon sock= rendam stoking dalam buah lemon/asam jawa/cuka kurma. dan pakaikan pada hakimi. tukar setiap kali stoking tu kering.. kesian hakimi sampai kaki kecut mama buat gitu... 

semalaman mama tak tidur.. susah hati bila anak tak sihat.. pikir nak kerja lagi hari ni. dengan berdua bersama hakimi. jadi terpaksa mama ambil emergency leave. nasib la sister sangat memahami!  tq sister ^__^

harap hakimi bertambah sihat hari ni.. mama nak keja dah.. esok pula birthday dia 1 tahun! nak beralih bulan agaknyaa.. atau rindu ke papa ni... dah la mama basuh semua baju papa.. sobsobsobsob~~






You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. Ammar hari tu demam pun macam ni. Tapi Alhamdulillah dah sihat. Just bagi banyak liquid. Jangan bagi bubur nasi dulu. Bagi benda lain.Semoga Kimi cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Alahai siannya kimi demam..demam rindu kot ni..Moga kimi cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. Rindu papa kot. Hritu kawan ayu cmni. Dia kasi baby peluk baju suami dia.

    ReplyDelete
  4. Demam nak masuk 1 tahun ye :)
    hati ibu kan..tak boleh tgk anak sakit..risau..org kata biar penat jaga anak lasak..jgn penat jaga anak sakit...macam anak sy cukup je 1 tahun sy bg supplement minyak ikan...Alhamdulillah dah 2 tahun lebih jarang sangt demam..kalau demam sehari je..esok dah baik...

    semoga anak cepat sembuh ye :)

    Salam perkenalan dari saya, Sarah :)
    Jemput datang ke blog sy...www.ladysara84.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. irfan pun baru baik demam haritu..masa umur dia 1 tahun 1 bulan..suhu dia lagi tggi.. 39.7c.. tu 1st time dia demam..mama dia dah ngelabah terus bwk pi emergency..mmg risau klu anak demam :(

    ReplyDelete
  6. maaf Jijah, Ros tak tahu tentang lemon sock tu.. untuk apa tu Jijah?.. boleh tak Jijah bagitahu..

    ReplyDelete
  7. Seksinya Hakimi walau demam..hehe

    ReplyDelete
  8. apa dia main tu jiejah hehee :D

    ReplyDelete
  9. rindu papa n beralih bulan la tu kn.
    thanks jijah kongsi tips tu..

    ReplyDelete
  10. @Shida Radzuan talking ginger ke apa tah..hii

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!