aku
life in sabah
posting
Pindah Semenanjung~ Sabah Best!
3:00:00 PM
Dua tahun jangka masa tak lama untuk tinggal di Sabah! tapi dua tahun tu banyak lah kenangan manis, pengalaman pahit, cabaran dan dugaan telah di lalui... Alhamdulillah daku kuat untuk lalui sendiri.. proud to be myself! bahahaha~~
kalau ikutkan banyak nak cerita pasal "life in sabah" ni tapi cukup la yang daku selalu tulis dalam blog ni. sama je yang daku alami -_-" bagi daku, sabah is the best place! life is relax... not so much jammed, tempat shopping pun dekat. tapi paling tak boleh terima orang sabah tak suka hon2 kereta ni, dan suka drive slow di laluan paling kanan [paling laju]. kohkohkoh jan mara aaa..
staff2 wad semua baik-baik, kerjasama dan saling membantu. walaupun wad kanak-kanak tu wad palinggggggggg sibuk dengan kadang-kadang pesakit boleh mencecah 50 orang, pesakit yang admit pun ramai sampai takda katil, tapi kami tetap boleh bergurau sesama, sempat curi2 makan lagi ^___^. bila ada emergency, semua saling bantu tolak emergency troli, intubate pesakit. sedia ubat, suction cuma beruntungnya di sini ada HO (Houseman), dan sebelah wad ada ICU. jadi apa-apa boleh tolak pesakit masuk ICU terus..
terima kasih tak terhingga buat staff-staff serta sister wad Melur 1! anda memang terbaik..seronok dapat kenal dengan anda semua... ilmu yang di curahkan..jasa baik anda hanya Tuhan mampu membalasnya...
terima kasih buat pengasuh hakimi. kak ina yang sabar melayan ragam hakimi dari 3bulan hingga sekarang,yang sayangkan hakimi macam anaknya sendiri. siang dan malam hakimi banyak habiskan masa di rumah pengasuhnya. susah nak dapat pengasuh yang baik hati dan penyayang seperti beliau. hanya Allah mampu membalasnya.semoga kak ina dimurahkan rezeki selalu..
buat staff2 Melur 1 dan pengasuh kak ina serta suami minta maaf jika ada salah dan silap selama daku berada di sini.. :(
sedih... serius sedih nak tinggalkan Sabah! pasti akan merindui detik detik indah di sini. semua memori terlakar indah dalam kotak ingatan ini. inshaaAllah.. inshaaAllah umur panjang ada rezeki akan bercuti cuti di Sabah. banyak tempat belum di kunjungi. Sabah is the best place!! betul tak tipu!
kereta pun sudah di poskan. sumbat segala barang-barang dalam tu. moga myPE sampai dengan selamat, takda calar balar, barang-barang semua selamat. Amin..
Rumah pun da ada orang nak duduk. Alhamdulillah. Semua urusan da selesai. Tinggal nak fly balik semenanjung je. Doakan perjalanan daku dan family selamat ye... amin..
10 insan comel komen
bye2 sbah.. wlcome to pd jijah =)
ReplyDeleteJIjah.... blog berubah wajah?.. ke Ros yang lambat perasan ni? hihi.. cantik!!!!
ReplyDeletesemoga semuanya selamat tiba kan, JIjah.. mesti sedih nak tinggalkan Sabah . yelah, tempat kita cari rezeki kan. takpe, nanti kalau rindukan Sabah, boleh terbang ke sana, jumpa kawan kawan kan :)
ReplyDeleteSelamat jalan, selamat bertugas di tempat baru dan jangan lupa kalau datang Sabah lagi bagitau emi..blh jumpa lagi.. :)
ReplyDeleteteringin nak dtg bercuti Kat sabah..insya Allah..
ReplyDeletetapi paling tak boleh terima orang sabah tak suka hon2 kereta ni, dan suka drive slow di laluan paling kanan [paling laju]
ReplyDeleteahahaha..tu ayat yang IbuNoey setuju..alhamdulillah,dapat juga pindah semula ke Semenanjung.bila flight ke Semenanjung?
selamat jalan jijah..
ReplyDeletetake care ;)
memang sedih nak tinggalkan tempat yang kita dah lama tinggal tu kan..apepun selamat memulakan dan mencipta kenangan baru di tempat sendiri :)
ReplyDelete@IbuNoey hehehe dah pindah dah kak..
ReplyDeleteSalam Sejahtera , Sesiapa mencari Syarikat Forwarding untuk menghantar kenderaan anda ke Sabah dan Sarawak ataupun ke Semananjung? Sila hubungi kami di 01128511549 untuk harga yang terbaik. Penjimatan wang anda dengan kami. . SELAMAT CEPAT CEKAP
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!