Doktor Pesan Jangan Bagi Kanak-kanak Minum Vitagen Kerana Menyebabkan Kanser

8:00:00 AM 10 Comments A+ a-






Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.

Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

Ini termasuk :

1. Pesakit HIV / AIDS

2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.

3. Pesakit diabetes

4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi

5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis

6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE

7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid

8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser





All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

10 insan comel komen

Write insan comel komen
hana hadi
AUTHOR
4/11/2015 7:13 AM delete

mulanya hana pelik gak la xkan minuman tu bleh menyebab maut. last sekali baru dapat tahu perkara sebanar

Reply
avatar
hana hadi
AUTHOR
4/11/2015 8:27 AM delete

ada juga baca pasal ni

Reply
avatar
CaHaYaHaTi
AUTHOR
4/11/2015 8:35 AM delete

hikhik kami yg study food sciences pun jd plik dgr statement mcm tu.. aptb..

Reply
avatar
4/11/2015 7:12 PM delete

Misunderstanding..

Entry ni buat sy tringat ttg pad wanita.ada yg kt kalu pakai jenama yg ada kt psrn laa ni kn kanser la etc. Tp kalu btol kn kanser knape WHO benar kn penjualannya? Iya dok?

Reply
avatar
Sya Nadia
AUTHOR
4/11/2015 10:47 PM delete

itulah, kadang org tersalah faham maksud sebanar doktor atau doktor tak bagi penerangan yang jelas.. tp tu tak bermakna boleh sebar sesuka hati kan.. biar sahih baru sebarkan..tak adalah malu nanti

Reply
avatar
Hamelia Hamid
AUTHOR
4/13/2015 10:41 AM delete

selalu je ada yang salah faham, pastu laju pulak nak share2..huhu

Reply
avatar
Shida Radzuan
AUTHOR
4/13/2015 1:13 PM delete

sebenarnya khusus utk beberapa penyakit yg blh menyebabkan virus lbh aktif..risau juga bila baca huhuu..

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
4/13/2015 10:52 PM delete

dh jd viral kat wasap

Reply
avatar
IbuNoey
AUTHOR
4/15/2015 9:20 AM delete

tu la,tak pasal-pasal member berdebat dalam whatsapp pasal hal ni.cepat benar melatahnya kan.cubalah tanya benar-benar dengan pakar kan.

Reply
avatar
4/27/2015 11:28 AM delete

pentingnya faham betul² kan..dah sebarkan yang tak betul pulak.

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!