Prosedur Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin

8:00:00 PM 14 Comments A+ a-


Assalamualaikum ^^

Sebelum tibanya hari penting bagi pasangan raja sehari, satu perkara penting yang tidak harus di lupakan adalah melakukan saringan kesihatan. ia juga aspek utama yang perlu di laksanakan oleh bakal pengantin.

Harini daku nak share prosedur kedua terpenting selepas prosedur pernikahan dan dokumen pernikahan. Ujian saringan HIV ini penting sebelum anda ingin melangsungkan pernikahan.




BORANG UJIAN SARINGAN HIV

1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda.

2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)

3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklah dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.


UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.

2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.

3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.

5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.

6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.



PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.

1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.

3. Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:

a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.

b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.

c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.

e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya. 

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

14 insan comel komen

Write insan comel komen
Wanie
AUTHOR
11/30/2011 12:26 PM delete

borang HIV ni pun kena bayar duit..ish3..

Reply
avatar
11/30/2011 1:28 PM delete

done! hehe ketar dni masa nak wat ujian tu. nak wat entry juga... dah siap amik gambo :)

Reply
avatar
fiQ'Ra
AUTHOR
11/30/2011 1:39 PM delete

owhhh, banyaknye kena buat ujian.. tak pe tak pe.. kena ready.. :)

Reply
avatar
11/30/2011 3:11 PM delete

senang jek kan nk wt ujian ni...xsampai 15 minit dh siap...naseb baik lepas & clear drpd HIV

Reply
avatar
11/30/2011 3:31 PM delete

nasib akk dh lepas semua.hehehe

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
12/01/2011 12:45 PM delete

@Wanie tempat jijah tak kena bayar. hehe

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
12/01/2011 12:46 PM delete

@Ardini Humaira buat la sis. sharing is loving. hehe

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
12/02/2011 12:58 AM delete

skarang kena bayar duit yek?..2 tahun lepas bayar singgit jer

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
12/02/2011 5:05 PM delete

@Azzah jijah tak kena bayar. tapi sesetengah klinik ade yg kena bayar. huhuhu

Reply
avatar
8/14/2012 3:18 PM delete

borang tu mmg kne amik dkt jabatan agama islam ek?dkt klinik tk disediakan ker?confuse

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/14/2012 3:36 PM delete

@NURULAZILA AZMI borang tu ada kat klinik la.. cakap je nak borang ujian hiv untuk kawen..

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!