Sembilan Tahun

by - 11:00:00 PM


Assalamualaikum :)

"Bila kau senyum ku gembira, bila kau sedih ku menangis..
Bagai camar rindukan kembang, ku rindu wajahmu oh sayang..."

Lagu ini begitu sinonim dengan daku. sejak dari 9 tahun yang lalu lagu ni sering bermain-main di bibir kami berdua. penuh sentimental dan nilai value yang tinggi tak terharga dalam diri kami berdua. 


Buat Zulkhairi Syafiq, lelaki yang berjaya bertakhta dalam hati daku sejak sembilan tahun lalu,


Sedar tak sedar dah sembilan tahun usia percintaan kita kan. Macam tak caya je. Dulu masa mula-mula kenal kita masa tu baru empat belas tahun, baru tingkatan dua budak-budak sekolah lagi . apa lah awak ni kecik-kecik lagi dah ajak bercinta. hehehe 

Kita bukan bercinta sangat pon kan. masa tu masing-masing malu- malu lagi. tah tah couple pon tak tahu ape maksud. hahaha jumpa pon tak. pakai nombor telepon rumah je kita berhubung tu pon makayah awak yang jawab. sampai lah habis tingkatan tiga. awak pindah sekolah teknik jauh kat perak cuma saya je masih tinggal kat sini. walaupon jauh hubungan kita masih utuh. 

"Di mana saja kau berada, ku kan tetap bersamamu,
Walaupon jasad ku jauh, namun hatiku tetap padamu.."

Tapi biasalah, mana ada hubungan yang tak di landa badai. begitu juga dengan hubungan kita. masing-masing muda,ego,cemburu tetap ada.begitu banyak dugaan terpaksa kita tempuhi tahun demi tahun untuk kita kekal hingga tahap ini. 

Sembilan tahun bersama ni banyak saya belajar tentang awak. adakala saya gembira, marah merajuk serta menangis dengan awak. tapi saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak di sisi dan saya tak nak bayangkan pun.

"Biar masa berganti masa, biar pon musim berubah
Telah ku katakan pada mu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan.."

Semoga perhubungan ni terus mekar mewangi dan kekal rapi dalam kotak ingatan dan takkan pernah luput di mamah waktu..


Terima kasih atas segala galanya abg..




 Selamat Sembilan Tahun Bersama!

Happy 9th Anniversary

I ❤ you sampai bila-bila! :)






Dear Zul Ery
Happy 9th Anniversary To Us! May Allah bless our relationship n hope our dreams come true... I'm always beside u and will never leave u alone in whatever situation dear! I feel so lucky sharing my life with someone as wonderful as u! I miss u damn much hubby! :D
                                                                                                         Love ya, Nur Azizah


korang korang doakan kami ya. Jika ada rezeki tahun depan InsyaAllah ada bunyi kompang dan nasi minyak jemputan dari kami berdua. Amin ^^

You May Also Like

15 insan comel komen

  1. tahniah kak jijah..wit2..bakal kepak2 gebum2 la tahun depan..
    insyaAllah..lin doakan kak jijah cepat2 tawen !! hee

    ReplyDelete
  2. Wahh! lamanya realationship akak. btw, happy anniversary 9years. hope bahagia hingga ke anak cucu. hee

    Btw, dah like pic tu ;)

    ReplyDelete
  3. kecik2 dah couple sampai sekarang..tahniah jijah..moga tahun depan bole rasa nasi minyak jijah.dapat bau pun jadi lah..:)

    ReplyDelete
  4. insyallah =) dari sekolah la ni ye bercinta..lame tu jijah..semoga bahagia dan kekal dengan die..yang penting semoga hubungan direstui Allah..amin ^_^

    ReplyDelete
  5. kompang dipalu,
    pengantin baru,
    duduk bersanding,
    tersimpul malu :)

    ReplyDelete
  6. @siti hidayah wah maceh LIKE pitca akak dear...Amin.~

    ReplyDelete
  7. @Azzah boleh je..jijah jemput..bukan takat bau dah bawak balik pon boleh :P

    ReplyDelete
  8. Happy Anny 9th Cik jijah dan Abg Navy..next year harap2 dapat makan nasi minyak jijah..jangan lupo jomput den yo.xjauh mano pun..nak suruh jadi pengapit pun boleh yo..hehehe

    semoga dipermudahkan urusan kalian berdua..aminn

    ReplyDelete
  9. @Azhafizah[フィザ] Amin..lau macam tu nak jadikan fiza pengepit la...hahaha

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!