prosedur pernikahan
wedding preparation
Dokumen Sokongan Borang Nikah
11:00:00 AMAssalamualaikum..
contoh Senarai Semak Borang Nikah kat tempat daku ^^
Setelah kita ketahui prosedur pernikahan dalam entry lalu. Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Selain daripada borang nikah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dokumen penting yang perlu disertakan sekali semasa menghantarkan borang nikah anda. Harus di ingat! calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin.
Berikut adalah satu senarai semak dokumen dokumen penting yang anda boleh ikuti :
3 SALINAN KAD PENGENALAN
3 SALINAN KAD PENGENALAN BAKAL SUAMI
3 SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
3 SALINAN SURAT PENGESAHAN BUJANG DARI MAJIKAN
BORANG KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV.
BORANG KELULUSAN BERKAHWIN / SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
SURAT PERAKUAN / PENGESAHAN / AKUAN SUMPAH NIKAH IBUBAPA (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
3 SALINAN KAD PENGENALAN WALI
SURAT KELULUSAN DARI KAGAT / PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
Selain itu sekiranya bernikah di Negeri Sembilan- 5 keping Gambar Ukuran Lesen Memandu
(Perempuan= BERTUDUNG & (Lelaki = BERSONGKOK HITAM)
tulis nama & no kad pengenalan - di setiap belakang gambar
Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.
Selesai borang pernikahan kena pula buat ujian saringan HIV hanya di klinik kerajaan. Tunggu next entry yer..
Sekian..
24 insan comel komen
ujian saringan tu penting..:)
ReplyDeletedni punya dah setel.. ALhamdulillah :)
ReplyDeletewaa..
ReplyDeletebahang nak kahwin semakin terasa..heee
bestnyaa cik jijah..:D
wah..dah settle ini kan..
ReplyDeletekat tempat afzal kena bawak diri je.hehehe :P
ReplyDeletenak kahwin pun susah yer..mcm2 borang nak kena isi...patutnya perkara baik mcm kahwin ni dipermudahkan...
ReplyDeleteselamat mengkawen. hehehe
ReplyDeleteok..akan ku guna pakai senarai ni utk mase akan datang..thanks jijah sayang share this
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI lom settle lagi yunk! huhuhu
ReplyDelete@afzalsukasuki eleh menipu jer. kalau tak macamner nak proses.hehe
ReplyDelete@Khairil tu la ni yg leceh ni. nak jumpa org macam2. huhu
ReplyDeletemas kalau nak kawin la nanti,memang refer blog kawin ni..ehh silap..blog jijah ni.hahah
ReplyDeletemas kalau nak kawin la nanti,memang refer blog kawin ni..ehh silap..blog jijah ni.hahah
ReplyDeletebersiap sedia la zizah.... skrg prosedur mcm2 ...
ReplyDeletewow, tak tau lak siap ade senarai semak, senang la kan..sume borang dah ade eh jijah?setiap negeri lain kan..
ReplyDelete@MaYa MustWany hahaha takde la update sepenuhnya pasal kawen pon yunk. sikit2 boleh lah.
ReplyDelete@Dalila Hamid fuh akak cakap menakutkan jijah jer. huhuhu
ReplyDelete@Wanie takat ni borang jijah dah ada, tinggal borang kawen die je. setiap negeri lain2..
ReplyDeletehehee..kalo shida kawen nk rujuk jiejah leh x? hehee ^_^
ReplyDelete@shida'R boleh sgt2 shida. sharing is loving! hehe
ReplyDeletentah bila bpluang nk submit form cmni, hukk...
ReplyDeleteheheh.mse g kursus kawen, asenye dia de gak bg taklimat cmni..
ReplyDelete@caliph shuriken jgn cakap gitu! akan tiba masanya nnti :)
ReplyDelete@cikpinky haah masa kursus kawen ade bagitahu. siap no tepon setiap jabatan agama islam.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!