Khasiat Air Liur

Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan air liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yan...


  • Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan air liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun..
  • Petua menggunakan air liur untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Contohnya, Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air liur sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.
  • Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah je. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Ini menurut kata orang tua-tua, supaya air liurnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.
  • Selain itu, khasiat yang paling utama ialah apabila bangun tidur terus minum segelas air tanpa mengosok gigi kerana khasiat air liur mempunyai enzim yang dapat menjadikan wajah awet muda.

Kajian Saintifik tentang Air Liur

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air liur dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air liur yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air liur boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.




~Selamat Mencuba~



You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. oo..baru tau..baby nk dmam mak ayah boleh jilat ubun-ubun gitu..
    jijah leh praktik la mcm tu nnt :P ayut lmbt ckit nk praktik yer..hihihi

    ReplyDelete
  2. @azam iyer.. ni dah bagitahu ni..hehe

    ReplyDelete
  3. @ayutha nanti jijah praktikkan..tengok berkesan ke tak...hehe

    ReplyDelete
  4. ade jugak khasiatnye ye..baru tahu.thanks jijah.

    ReplyDelete
  5. sy suka rawat luka dgn air liur sendiri, auto jaa sapu sikit kt luka, xde sapa2 ajar, hikk...

    ReplyDelete
  6. bagus lah jiejah info ni..nice sharing =)

    ReplyDelete
  7. Jijah nk tau x ,air liur juga blh mncegah kanser. Bile bangun tdo,kite dgalakkn trus mnun air suam 3 gelas utk cegah kanser...:-)

    ReplyDelete
  8. @LiNda bagus kan khasiat air liur ni..

    ReplyDelete
  9. ya
    walaupun menjijikan
    tpi tetap ada kasiat nya

    ReplyDelete
  10. Y walaupun sdikit menjijikan
    Tpi ada khasiat nya -.-

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!