Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Dapat whatsapp dari encik suami...  Gerhana bulan penuh di jangka berlaku pada hari ni 8 oktober 2014 bermula petang dan mala...


Dapat whatsapp dari encik suami... 




Gerhana bulan penuh di jangka berlaku pada hari ni 8 oktober 2014 bermula petang dan malam ni. 

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.

Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.

4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).


Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.

Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat


maka dengan itu sebagai umat Islam di galakkan menunaikan solat sunat gerhana antara jam 7.30malam-8.30malam. selain perbanyakkan bersedekah dan berzikir.


Harap-harap kita dapat lihat gerhana bulan penuh malam ni.. jangan lupa berzikir melihat kebesaran Allah ni.. kat sabah ni hujan memanjang harap-harap dapat lihat.. 


sumber: falakonline



You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. Tak sempat pulak nak tengok tadi.

    ReplyDelete
  2. Ros tak dapat nak tengok malam tadi..

    ReplyDelete
  3. bukan setiap bulan mmg ada bulan penuh ke...stiap 13,14 & 15 dlm bln islam ^_^

    ReplyDelete
  4. sy tahu hal ni tp ntah knape ptg tu sy betul2 terlupa mati ;-(

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!