Tips Untuk Melatih Anak Berjalan

Hakimi start berjalan sebelum usia 11 bulan lagi. Alhamdulillah hakimi cepat berjalan walaupun ada budak lagi cepat dari itu. tak la he...



Hakimi start berjalan sebelum usia 11 bulan lagi. Alhamdulillah hakimi cepat berjalan walaupun ada budak lagi cepat dari itu. tak la hebat sangat nak kongsi tips tapi sekurangnya dapat kongsi pengalaman.. tapi harus di ingat lain anak, lain perkembangannya yer..


1. Anak akan lebih cepat berjalan kalau selalu latih dengan ibu bapa dia. Ajar la tatih 3,4 langkah dengan memegang kedua dua tangan dia. kena pegang sebab dia baru belajar mengimbangi dirinya.
2. Ajak husband pegang tangan anak lagi sebelah. Cuba untuk ajar dia jadi berani jalan dengan pegang sebelah tangan je. Anda boleh memegang tangannya sama ada berdiri atau melutut di depannya. Kemudian lepaskan tangan lagi sebelah dan biar dia tatih sorang-sorang. 
3. Latih anak berjalan tanpa jemu. jangan lupa beri pujian seperti tepuk tangan sebab usahanya untuk berjalan tanpa di bantu.
4. Pastikan ajar anak jalan atas tikar / carpet supaya bila jatuh tak la terlalu sakit.
5. Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki anak tanpa stoking / kasut. Ni untuk memudahkan anak kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. Lagipun anak boleh rasa jari-jari dia grab lantai dan dia akan lebih confidence bertatih.
6. Biar anak anda explore sendiri atas lantai. baby yang banyak explore sendiri lagi cepat merangkak, berdiri n jalan berbanding yang selalu kena dukung, duduk dalam buai
7. Doa ibubapa itu penting! Berulang ulang doa supaya anak cepat berjalan untuk memudahkan kerja anda :) Doa ibubapa kan mujarab! 


Sebenarnya, anak tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri berjalan apabila telah bersedia untuk berjalan. 

Jadi kita sebagai ibu bapanya tidak seharusnya membandingkan anak dengan anak orang lain, kerana setiap bayi berbeza tahap pembesarannya. Mereka harus belajar menerima seadanya.







p/s: selamat berjalan jalan dengan baby! yeyyy~





You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. betul tue jijah...biasakan bby kat lantai..syamimi skg 10 bulan...kalau kita dirikan dia akan melangkah 3 langkah then duduk...mungkin sebab takut...tapi dia ada akai yg panjang bila dia pegang kerusi then sorong supaya dia boleh jalan..xpun dia akan jalan sambil pegang dinding n sofa

    ReplyDelete
  2. seronok tengok bila anak dah pandai berjalan kan :)

    ReplyDelete
  3. baby kita pon 11 bulan dah berjalan..ada betul jugak kot selalu ajar dia jalan..

    btw, tips yg bagus

    ReplyDelete
  4. Cepat Hakimi boleh jalan ye..
    Apapun TQ sharing tip buat2 Ibu2 :D

    ReplyDelete
  5. bestnya... tu moment indah bagi mak ayah kan.. melihat perkembangan anak -anak. :)

    ReplyDelete
  6. Bila ank berjalan rasa seronokkan

    ReplyDelete
  7. yeayy..thanks jijah berkongsi.

    ReplyDelete
  8. X sabar nk tengok zahra pndai berjalan.. :)

    ReplyDelete
  9. Aniq boleh jalan masa umur 9 bulan. Masa mula² mmg best.. Tp dah lama, jd tukang kacau pulak dia ni.. Ish³..geram..tp sya ajar sgt pun dia jln sbb harap dia merangkak lebih lama lg..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!