Wednesday, January 4, 2012

8 Tips Menjadi Isteri/Bakal Isteri Solehah






Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.



Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. 


Berikut adalah tips-tips tersebut: 

Jangan sesekali kalian meninggikan suara kalian kepada suami. 
Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami kalian sedang berbicara dengan kalian. 
Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah. 
Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai. 
Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi kalian dan suami dengan rakan-rakan kalian. 
Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama. 
Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami kalian terlebih dahulu. 
Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami kalian untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar. 


Itulah dia beberapa tips yang boleh kalian cuba amalkan secara berterusan ketika melayari bahtera perkahwinan kalian berdua..


“Renung-renungkan dan selamat beramal ….”

sumber dari 

14 comments:

  1. tak kawen lagi tapi asanya bley di praktik kan separuh dr tips kt ats..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe....mestilah...
    kena praktik ni..senang nak uruskan nnti,..weeeeee..

    ReplyDelete
  3. nak jadi isteri yang solehah. amin!

    ReplyDelete
  4. Betul tuh,selamat beramal...

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg sgt berguna.. preparation sebelum bergelar Puan..=)

    ReplyDelete
  6. Info yang amat berguna...

    ReplyDelete
  7. bagus juga tips2 ini utk para-para isteri...

    ReplyDelete
  8. bestnye.. bile la jodohku kan tiba agaknya..

    ReplyDelete
  9. @Khairil hehe kadang2 wanita ni leka benda yg remeh temeh macam ni..hehe

    ReplyDelete
  10. kita cube jadi isteri yg terbaik k :)

    ReplyDelete
  11. semoga kita jadi isteri solehah, amin
    :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!