Friday, January 6, 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Assalamualaikum...


Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran


1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan, di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika kalian berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka kalian akan meluahkan pada isteri kalian. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.


jangan ingat jijah gado gan asben pulak k. ni boleh di praktikkan jika kalian menghadapi pertengkaran di awal perkahwinan.  untuk pasangan bercinta pon boleh. selamat beramal ^^




11 comments:

  1. kecik2 pon leh bce..seronoknye die hubby dh balek..hihi

    ReplyDelete
  2. bertengkar kecik2 tu biasa tapi jgan biar melarat..

    ReplyDelete
  3. gaduh pasti ada..cuma masanya saja..cpt atau lmbt..

    ewah..sonokla tu..ta bw mlm la tu..hikhik.

    ReplyDelete
  4. sukalah tu hubby nak blk.. spendtime dgn dia ok... ;)

    ReplyDelete
  5. tq..

    xyz4mir.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. rasa macam nak nyanyi lagu lak ni"Sedangkan lidah lagi tergigit,ini pula suami isteri"..hehe..jaga perhubungan sebaik mungkin ^__^

    ReplyDelete
  7. yessss..sebelum berkahwinan pertengkaran adalah kerap hahahaha

    ReplyDelete
  8. semoga happy selalu..di jauhkan dari pertengkaran insyaAllah~~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!