Thursday, January 5, 2012

8C Sebab Suami Benci Isteri


Assalamualaikum..

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak, keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu..

C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMInanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…hehehe
C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.hish..hish..
C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….hahaha lawak Dr Fadillah ni kan..
C8 CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


Sekarang dah tahu kan 8C kenapa suami benci isteri...Lepas ni para-para isteri boleh lah praktikkan tau..Jangan sampai suami merungut pulak...hahaha
Selamat Beramal ^^

21 comments:

  1. takmo2 8C nie...kita cuba elak2 sama2...insya-Allah... :)

    tQ jijah..nice info....

    ReplyDelete
  2. di masa akan datang info ini sangat berguna..^__^

    ReplyDelete
  3. waaa..yg last skali tu slalu prasaan kt abah..klau ktaorg lwat skit je nk kluar rmah msti dya bsing..huhu..

    ReplyDelete
  4. okey, nanti amal time dah kawen :P

    ReplyDelete
  5. sbb isteri cokcek2 24 jam

    p/s:sbb semuanya 'C' afzal terpaksa gantikan huruf 'P' :P

    ReplyDelete
  6. good info :)

    thanks for sharing yeah <3

    ReplyDelete
  7. semoga kite jd istery solehah,

    ReplyDelete
  8. Dear jijah, Since you nak guestbook I give u rm100 la, balance I sponsor oke? A wedding gift from me to you...bila wedding? Bg details ek...harap3 dan la nk selit satu hehe

    email farah fredyna85@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. wah, banyaknya C. ehehe...

    ReplyDelete
  10. tu la kan kita pempuan kena jaga2 :)

    ReplyDelete
  11. Bagus post ni. Saya mintak share boleh???

    ReplyDelete
  12. yup2 ..
    sokong ..
    plg tak suka cerewet ..

    ReplyDelete
  13. @farahD alamak...malunya jijah..aduh jijah gurau2 je cakap tu..tak terpikir nak guestbook pon..hehe

    ReplyDelete
  14. @Zainundin Mohd Nor boleh ape salahnya..saling memperingati lebih2 lagi untuk isteri..silakan share yer :)

    ReplyDelete
  15. @mR.aSLaN amboi...laki bab camni..laju je nak komen yer..hehe

    ReplyDelete
  16. info yg bagus ni.. mmg kita pmpuan ni kne elakn diri dr buat seme ni

    ReplyDelete
  17. okey boleh praktikkan.
    eh tapi tak kawen lagi.
    keh keh :P

    ReplyDelete
  18. nice info :D
    yeahh . sokong . insyaallah lau da kawen nanti dapat dihindarkan/dikurangkan dari ni semua . ^_^

    ReplyDelete
  19. Jijah, eh takpela tak kisah punnn mmg nk tlg u hehe brapa budget u? nanti selebihnya farah sponsor =)

    email oke =)

    ReplyDelete
  20. yups..paling takut part cabul.
    cincai..hihihi..cendol?hahah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!