Friday, January 13, 2012

13 Tips Ketika Dalam Perkahwinan


Assalamualaikum ^^

Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.


Mari kita semak 13 Tips Ketika Dalam Perkahwinan yang disediakan oleh Ustaz Azhar Idrus ~~




1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





Selamat beramal. semoga kalian berbahagia dalam rumahtangga yang di bina dan akan di bina^^

20 comments:

  1. amboi...siap tips bagai..hihi..moga jijah pun bahagia dgn suami ye.

    ReplyDelete
  2. suka dengan tips semua ni..akan datang boleh beramal ^_^

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni utk d amalkan oleh org yg baru kawen & dh lama kawen pun elok gak

    ReplyDelete
  4. emm... carikan sorang tuk aku jah..kikiki

    ReplyDelete
  5. tips yang bermanfaat nie jijah..
    perkahwinan kalau ikut landas Islam memang penuh kebahagiaan kan?

    ReplyDelete
  6. tips yang lama lagi Eza nak amal :P

    ReplyDelete
  7. tip je.....kalau bagi wang nyer tips ok gak...hehehe

    ReplyDelete
  8. nice tips..moga2 sesiapa baca ni,akan share sama2..

    ReplyDelete
  9. bagus la Jijah share benda2 macam ni. thanks tau :)

    ReplyDelete
  10. wah bagus2 jijah share kan ni gak.berguna w/p mas lum kawin.hihi

    ReplyDelete
  11. salam kenal,tip berguna..tq kongsi

    ReplyDelete
  12. nice lah jiejah..wahhh sejak2 nih pndai lah dia..insyallah jiejah kluarga bhgia mnnti mu nnt :)

    ReplyDelete
  13. jijah..thanks for sharing :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!