Tuesday, January 17, 2012

Katering vs Gotong Royong Kahwin


Assalamualaikum..


Bila sebut pasal kahwin, benda pertama yang selalu kita pikirkan adalah penyediaan jamuan makanan kepada tetamu.

Mana yang lebih baik? Katering atau gotong royong.


Tak di nafikan la dalam kehidupan yang serba maju ni, ramai yang memilih untuk mengambil perkhidmatan katering. Mudah, pantas dan tidak memeningkan kepala bukan. Bayar sahaja, semua tersedia. Mudah bukan? Itu mungkin antara kebaikan jika kalian menggunakan perkhidmatan katering.


Tetapi ada juga yang berpendapat menggunakan khidmat katering menghilangkan semangat kemuafakatan, gotong-royong, bantu-membantu dan sedikit sebanyak mengikis hubungan silaturahim. Mana tak nya, mak long, pak ngah, mak su, pak lang hanya nampak batang hidung masa makan jer. Lepas tu? hilang mana tah g...betul tak kalian??


Tidak dinafikan, gotong-royong hampir malap dalam perkahwinan warga kota. Tapi, di kampung-kampung semangat ini masih lagi subur.Gotong royong tenaga dan masa di ganti dengan gotong royong meringankan perbelanjaan tuan rumah.Jadi apabila jamuan di sediakan oleh pihak katering,tidak lagi memasak secara gotong royong,maka katering yang menawarkan harga ikut kepala akan menjadi tanggungan yang berganda.


Daku kadang-kadang terpikir la mana yang lebih baik di gunakan apabila membuat majlis perkahwinan nanti..Di sini gotong royong banyak dapat menjimatkan kos tuan rumah,makanan yang tidak habis dapat dibawa balik oleh jiran-jiran yang turut membantu.


Tetapi daku pon pernah terpikir alangkah bagusnya di buat secara katering kerana semua perkara di uruskan oleh syarikat katering..dan tuan rumah hanya menunggu tetamu datang sahaja. Tuan rumah tidak perlu pening kepala memikirkan sape yang hendak basuh pinggan,angkat makanan dan sebagainya.. Tetapi apabila menggunakan syarikat katering semua perkara dari angkat pinggan,basuh pinggan,sediakan orang-orang untuk topup makanan semua tersedia..Tetamu hanya perlu duduk dan makan sahaja. 


Emm..banyak kes yang daku dengar apabila gotong royong memang jimat tetapi dalam masa yang sama ramai yang songlap maksudnya ramai yang tapau bawa balik sebelum habis majlis lagi. itu kadang-kadang lauk tak cukup untuk tetamu yang hadir sebelah petang.


Sebenarnya ini terpulang la pihak tuan rumah..jika dia mampu mengeluarkan RM10x satu kepala untuk ketering..kalau da 1000 orang jemputan..maka RM10ribu diperlukan untuk katering sahaja.. tu pon paling murah la RM10..Kalian mampu??? wah..wah...duit hantaran abis untuk katering sahaja belum termasuk pelamin,photographer dan sebagainya..



sekadar gambar hiasan....


oh ya InsyaAllah daku menggunakan pihak katering. dimana pada pendapat daku katering ini memudahkan urusan makanan dari A-Z. tak menggunakan tenaga orang ramai. tak ramai yang songlap. hehe rumah tak berkecah. orang datang makan saja. makayah pon tak pening kepala kalau tak cukup makanan,air dan upah orang lain.


Kalian ada cadangan?? jom kita kongsi2 dalam entry ini....jangan lupa klik sini jugak.


20 comments:

  1. guna catering ea..bgus gtu..hihi..

    ReplyDelete
  2. setuju ambik katering tapi sis dulu nak ambik katering tapi makayah pulak nak buat gotong royong.kalau ambik katering mak ayah tak penat.

    ReplyDelete
  3. utk kenduri sis ngan adik sis dulu, semua adik beradik ayah turun tolong. best. meriah. takde kes songlap sebab sume orang2 terdekat aje yg tolong. kalau org2 kampung mungkin akan terjadi aktiviti songlap nie.hehee~ bagi maera, 2-2 ade kelebihan dan kekurgn. tapi yang paling best ialah gotong royong. =)

    ReplyDelete
  4. hehehe...gotong royong
    terbaik......carilah sesiapa yang sudi bantu

    ReplyDelete
  5. akak kawen dulu mcm ni..masak2 pakai katering je..kita beli lauk sendiri,pastu suruh dia masak & hantar ke rmh kita...pastu yg tolong2 cuci pinggan & sebagainya, gotong royong..so pduduk kat tmn tu yg buat..

    tpulang pada jijah la..

    ReplyDelete
  6. better catering je.senang ahli keluarga ada lebih masa nak layan tetamu yg datang nanti.yg lain seperti kata jijah di atas.tak berkecah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Wah... dah kahwin... tahniah...tahniah....

    ReplyDelete
  8. katering pon boleh. gotong royong pon boleh.

    kalau katering, boleh elak dosa mengumpat sane sini. beselah, bila dah rewang, semua cerita keluar. huhuk

    i buat gotong royong je. so pekakkan telinga jela bila org bercerita.

    btw, goodluck dear!

    ReplyDelete
  9. benda ni kena ikut situasi dan kemampuan sebab apa

    1. Katering
    -sesuai untuk mereka yang duduk kat taman perumahan sebab jarang ada orang nak tolong gotong royong silap2 kenal org pun x ramai kecuali ada persatuan ke apa ke lagi satu modal tinggi la sikit

    2. Gotong royong
    -sesuai dibuat di kampung sbb masyarakat kampung ni keakraban die org dah mcm sedare sendiri lagi satu die org selalu ada tradisi balas membalas bila kenduri / majlis diadakan

    masa phat kawen belah pompuan buat katering sebab keluarga mertua baru je pindah kat taman tu so x de org nak tolong..umah phat plak gotong royong sebab kat kg sedara mara je pun dah ramai + org kampung lak nak tgk suasana gotong royong tu sila ke FB phat tgk album kawen k

    *panjang nye komen aku

    ReplyDelete
  10. catering lagi senang... tak susah2...

    ReplyDelete
  11. catering la best xsusah kite..sume dah ready..

    ReplyDelete
  12. aah jijah.mas sokong sgt2.xmembantu,tapi datang makan n dok tapaw.tapaw lak xagak2,main ambik je tak bagitahu.menyirapnya.

    tapi tuhla memang mahaii ooo

    ReplyDelete
  13. @Phatterbaik!! ada pro n kontranya kan :)

    ReplyDelete
  14. suka gotong royong..meriah!

    ReplyDelete
  15. salam puan jijah...nk mencelah jap ye...hehe,kalo ari tu my sis punya wedding kitaurg xgna katering coz minta maci ja yg tlg msk ne...yg sal songlap pula xda pula ne blaku coz yg kontrol mknan adik ga ne so bla da keja kawen ne suma kaum kuarga o sedara pelu sepakat tuk jayakan mjlis besar ne n jadi xpyh da cmpur tgn dri urg luar kan..but guna katering pon ok ga xda penat nk kmas dapur ye takk.hihi...dua2 da klbhn so terpulang la ma puan jijah ye..hehe...

    ReplyDelete
  16. saalam puan jijah..hehe..nk tumpang lu jap yokk...
    wedding my sis ari tu pon xda guna katering tapi minta maci tlg masak ne so yg incharge mknan pula my siblings ne so aktviti songlapo xda blaku ye..jdi dlm mjlis besar ne suma kuarga o sedara pelu sepakat tau tuk pmbhgian tugas so xda pyh ada cmpur tgn urgluar ye tak..tapi tu ja la penat yg teramat sgt ye coz tenaga amt dpelukan so tpulang ma pn jijah ye nk gna katering o gtg ryong ne yg ntg segalanya bjalan lncr..amin~

    ReplyDelete
  17. @CicieHawa best la camtu..family ramai boleh la macam tu yang...jijah duk taman perubahan...agak payah gitu..huhuhu tu yg pilih katering

    ReplyDelete
  18. Aku dln dilema skang ni..mak suruh buat gotong royong...tp aku nk buat catering...sbb mak abah aku x sihat dah..sakit lutut la...adik beradik masing2 dah dukung anak aje...nk hrpkan org surau mak aku..agak2 boleh harap ke?

    ReplyDelete
  19. @noriehan yan kalau org kampung berpakat ok la.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..

    ~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!