Wednesday, March 14, 2012

Dendam Mungkin Motif Nurul Nadhirah atau Dirang di bunuh dan di bakar





Kenal kan anak ni. berita yang mengegarkan seluruh Malaysia! pembunuhannya sangat kejam! 


Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dirang mengadu kelaparan kepada ibunya yang ketika itu leka dengan Facebook. Maka ibunya Roselyn memberi RM4 kepada anaknya yang baru berumur 5 tahun ini untuk membeli mee segera di kedai runcit berdekatan. 


Sehingga 30 minit kemudian, Dirang di fahamkan belum pulang ke rumah dan kemudian dilaporkan hilang. Polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui dalam lubang yang telah di gali sedalam 3.5 meter di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia. Menurut laporan polis, mee segera dan telur ayam turut dijumpai 500 meter dari kawasan kejadian.


Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000. Susulan itu tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.



individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar Dirang ni sebagai penjenayah kejam!! berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyeksa anak kecil yang tidak berdosa ni. semoga mereka menerima pembalasan yang setimpal! Jadi sila awasi anak anak anda juga.


12 comments:

  1. al-fatihah buat adik nurul..

    ReplyDelete
  2. mndpt blsn dunia dan akhirat nanti..

    ReplyDelete
  3. Pembunuh ni memang kejam! Kejam! Hish!

    ReplyDelete
  4. sedih sgt baca kisah adik ni :(

    ReplyDelete
  5. ya allah apa la nak jadi dengan dunia sekarang.

    ReplyDelete
  6. ya Allah..sgt kejam mereka..

    ReplyDelete
  7. al fatihah...siannye adik tu...comel sgt...hjuhuhu...kejamnye org zmn skg

    ReplyDelete
  8. memang kejam betul dorang yang berhati binatang tu.

    al-fatihah...

    ReplyDelete
  9. Alfatihah.. arwah selamat di kebumikan siang tadi..

    ReplyDelete
  10. disebabkan neneknya hina,budak tuh jadi mangsa.kalau penagih ni sedar kesilapannya,mesti menyesal tak sudah.

    ReplyDelete
  11. @MaYa MustWany semoga mendapat pembalasan setimpalnya..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!