Jangan ingat kahwin ni mudah

8:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Alhamdulilah hari ni 11.3.12 genap tiga bulan perkahwinan jijah dengan asben. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami hingga hari ini. :))




citer pasal kahwin...sampai sekarang jijah masih tak percaya jijah dah kahwin. pelik bukan? tapi itulah hakikatnya. mungkin biasa kot bagi pasangan long distance married. emm -_-" rasa macam bujang balik je. si suami tiada di sisi tapi tetap dalam hati. even nak pergi kemana-mana pun tak rasa seperti isteri keluar mintak izin itu wajib. untuk berjumpa? sebulan sekali itupun sabtu dan ahad je. sadis bukan. huhuhu T__T


kahwin ni bukan benda yang senang. banyak perbezaan sebelum dan selepas kahwin. lebih lebih lagi duduk berjauhan ni. dulu time bercinta suka hati nak buat camner. nak huahua dengan kawan tak ada orang kisah. sekarang peranan isteri dah ada. setiap perilaku dosa pahala Allah bagi. kalau dulu jijah kuat merajuk,mogok protes. kadang-kadang jijah marah perkara kecik, pastu buat muka. merajuk berhari hari. tak pasal pasal dosa yang dapat! dah jadi isteri jika tak buang perangai macam tu dah berapa banyak dosa yang jijah kumpul?? MasyaAllah...Nauzubillah...


Anak?? sesungguhnya Allah lebih tahu setiap makhluknya. cepat atau lambat urusan Allah. jadi jijah tak mengharap sangat. ada rezeki cepat Alhamdulilah di panjatkan. lagipun jijah sedar kedudukan perkahwinan jijah sekarang. :))


Walau apa pun jijah dah selamat menjadi kekasih,isteri kepada suami tercinta. tak sia-sia bercinta bagai nak rak dari masa sekolah dulu..hehe akhirnya bersatu juga.. thanks to Allah.. InsyaAllah jijah cuba jadi isteri yang solehah buat suami. bahagia hingga akhir hayat. Ameen


kepada di luar sana. pikir masak-masak dulu sebelum kahwin. persiapkan diri dengan fizikal mental ilmu di dada lebih-lebih lagi perkahwinan jarak jauh. moga korang bahagia dengan pasangan masing masing. InsyaAllah ^________^



Jijah tahu dan percaya, 
setiap perancangan Allah yang diaturkan itu adalah yang paling terbaik untuk jijah.


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

16 insan comel komen

Write insan comel komen
Azzah
AUTHOR
3/11/2012 8:39 AM delete

betul kata jijah..dulu sis masa anak dara pun keras kepala,asyik nak menang tapi dah kawen,ubah demi suami..

Reply
avatar
3/11/2012 8:51 AM delete

Kak Jijah!
Sabar yeahh kalau duduk jauh dengan husband. hihi.

Semoga berkekalan ^___^

Reply
avatar
EmpayarUtama
AUTHOR
3/11/2012 10:18 AM delete

Apa pun, selamat pengantin baru semoga kekal dan bahagia bersama keluarga nanti.

Reply
avatar
3/11/2012 11:10 AM delete

dah bersedia dah ni..tunggu masa je..hihi ^^

p/s: hope jijah dapat jadi isteri solehah ye.aminnn

Reply
avatar
nabila azmi
AUTHOR
3/11/2012 12:45 PM delete

seoga menjadi isteri solehah always=)

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
3/11/2012 2:46 PM delete

InsyaAllah.. akak doakan jijah cpt2 dikurniakan anak :-)

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
3/11/2012 3:14 PM delete

jiejah bhgia shida pn bahagia..hehehe :)

Reply
avatar
mira maisara
AUTHOR
3/11/2012 5:15 PM delete

tahniah. puan azizah..hihi

Reply
avatar
3/11/2012 11:36 PM delete

doakan yg terbaik buat jijah n asben yer :))

Reply
avatar
ecadwinkyasha
AUTHOR
3/12/2012 12:31 AM delete

insyaallah yg terbaik :D

ikat dia elok2 kak...jgn jadi macam encik TTM eca dulu...sobsobsob je bila eca nak kenangkan.hahaha.geli pun ada :D

Reply
avatar
3/12/2012 9:41 AM delete

tahniah jijah..

zmn ank dr n bini org pasti jauh berbeza kan..yui doakan yg terbaik buat kalian berdua..amiinn.

Reply
avatar
charmyiex
AUTHOR
3/12/2012 2:34 PM delete

xpe..jarak jauh tu buatkan kita lagi rindu n payah nk bergaduh sebenarnya..charm masa lepas kawen n peknen smp 8 bulan duk jauh dr suami..sedih tau g klinik cek up baby sensorg..tp tu yg buat kita kuat..alhamdulillah, 8 bln peknen, dpt tukar ke negeri suami..dpt duk sekali..

tapi harus diingat, bila duk sekali nanti, kene amik masa pulak nk sesuaikan diri..masa tu baru la 100% tanggungjawab berjalan...kene ready bebetol..sbb duk jauh n duk sekali, lain sgt rasa nya..


anyway,tahniah kerana merasa nikmat sebagai isteri~

Reply
avatar
anisalya
AUTHOR
3/12/2012 5:17 PM delete

akak jumpa husben pun dua bulan sekali. harap2 tahun ni blh la ddk sama.

Reply
avatar
3/13/2012 10:54 PM delete

@charmyiex sis...terima kasih nasihat ni..yap..jijah suka komen sis. bila duk bersama kena sesuaikan diri..masa tu baru rasa tanggungjawab sebagai isteri..

mesti perasaan masa juga lain kan sis..kena bersedia betol2..

InsyaAllah jijah cuba sediakan diri,fizikal mental dr sekarang sebelum tinggal bersama suami :)

Reply
avatar
3/13/2012 10:55 PM delete

@anisalya ada juga geng jijah ni sis..hehe sedih kan..jijah baru nak mula hidup..sis apatah lagi lama kan....sabar jelah.. moga tahun ni akak dapat duk sama dengan suami :)

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!