♥cinta sejak 2002
aku dan dia
hubby
life in sabah
mr navy draft Sabah
perkahwinan jarak jauh PJJ
tentera
Cinta Seorang Pelaut
8:14:00 PM
Apabila seorang pelaut itu jatuh cinta, maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa kerana dia seorang yang tabah dan setia di tinggalkan di daratan..
bukan mudah berkahwin dengan seorang pelaut.
teringat dulu mula-mula encik navy masuk rekrut tahun 2008, 6bulan tanpa khabar berita. hanya surat di utus ke alamat ibunya. kemudian lepas rekrut encik navy berkhidmat di TLDM Lumut kemudian ke Klang sekejap sebelum draft ke Sabah tahun 2010. bermula lagi cinta jarak jauh masa tu Sabah-Negeri Sembilan.
hati gembira bila encik navy mengambil diploma di Lumut selama setahun tahun 2011 dan masa ini la kami mengambil keputusan secara mendadak untuk bertunang dan berkahwin hujung 2011:) bila berkahwin masih lagi PJJ, sekali sekala je encik navy balik kampung N9.
Perpisahan terjadi lagi bila tamat diploma setahun di Lumut encik navy kembali draft ke Sabah pada bulan may 2012. bila draft ke sabah kali ini encik navy bertugas di kapal. bermakna encik navy akan belayar selalu.. mungkin ada hikmahnya masa tu jijah belum di kurniakan rezeki anak sebab berjauhan seberang laut.
first time raya suami isteri bulan 8/2012 dan lepas raya bulan 9/2012 dugaan paling besar bila encik navy kemalangan di sabah dan jijah keguguran di semenanjung. dan hikmahnya bulan 10/2012 jijah dapat transfer ke sabah dekat sikit dengan encik navy dan hujung bulan 12/2012 jijah di sahkan pregnant :). setahun menunggu kehadiran zuriat. yela masing2 jauh kan...
tapi hidup bukan selalu cerah sebab walaupon duk dekat encik navy bukan selalu ada di rumah. dia belayar seminggu pastu duk darat seminggu pastu belayar balik. selang seli selama sebulan tu.
menjalani hidup tanpa suami di sisi dengan membawa perut checkup ke sana sini sampai lah 9bulan. maka jijah ambil keputusan bersalin di semenanjung dekat dengan keluarga. bila dah habis cuti bersalin kembali ke sabah membesarkan anak sendiri, encik suami pula bekerja di labuan. sebulan sekali baru balik kotakinabalu sehingga sekarang ni..
bukan senang memikul tanggungjawab seorang diri. berdua bersama anak.. ragam anak menangis.. sampaikan diri sendiri pon tak terurus. tapi itulah, bersuamikan dengan tentera ni ni bukan saja berkahwin dengan orangnya sahaja, kita mesti berkahwin dengan tugasnya sekali. itu hakikat yang perlu kita terima bila bersuami tentera ni..
pada sesiapa yang nak berpasangan seorang tentera. lebih lebih lagi tentera laut.. harap tabah dan kuat terima tugas mereka. kalau belayar berbulan bulan kena tabah mengharungi kehidupan seorang diri. tapi percaya lah.. secara automatik kita akan jadi kuat dan tabah bila di beri ujian atau dugaan begini...
i'm so proud of u mr navy ^___^
7 insan comel komen
Xtau nak komen apa.... T_T dah terasa bila dah makin lama...huhuhu
ReplyDeletehati kena cekal bila keadaan mcm ni..
ReplyDeleteJijah seorg yg tabah... Tuhan tahu jijah boleh lakukan..x mcm husna, lemah...sehari kena tinggal dgn husband pun x tentu arah hidup...hehe
ReplyDeleteKalau jijah proud of Mr. Navy..fiza pulak proud of u jijah! Jijah memang kuat dan tabah sampai ke hari ni..orang yang sabar akan dapat sesuatu yang lebih indah nanti :)
ReplyDeletesemoga kak jijah dan kimi tabah mengharungi hari2 mendatang..:)
ReplyDeleteBerkahwin dgn tentera memg kne kuat dan tabah....
ReplyDeletexthu nak cakap apa...sedang waktu berkawan pun separuh gila teringattttt.hahaha :P
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!