Perkembangan Hakimi 1 Tahun 2 Bulan

5:35:00 PM 10 Comments A+ a-


Bila tengok hakimi tidur.. pandang mukanya dalam-dalam.. naluri keibuan terserlah.. tak sangka hakimi dah 1tahun 2bulan dah@ 14Bulan. Cepatnya anak mama ni membesar..



Macam-macam perkembangan terbaru nya...

-Pandai merajuk. Ini feel anak bujang sorang ni.. kalau tak bagi apa yang dia nak. dia akan merajuk hempas badan dia ke belakang..atau guling2 kat lantai.. grr!
-Pandai dah ambil dan suruh letak barang. bila dia bagi barang kat mama siap cakap "nah".dan bila mama kata terima kasih dia sangat happy!
-Bila mama buat susu.. mama bagi susu kata pergi tidur.. terkedek-kedek baring atas tilam sambil minum susu.
-Bila kita ajak pergi mana-mana.. mama kata "jom" dia pon ikut cakap "jom" sambil berjalan.
-Kalau mama kata pergi mandi dia pun terkedek-kedek pergi tandas nak mandi.. masuk tandas suka main air.
-Gigi masih ada 7 batang.. 4 batang atas+3batang bawah. Nasib tak mengigit.. hehe
-Suka tidur atas dada mama. dia sendiri datang baring atas dada mama sampai terlelap bila mama tepuk2 dia.
-letak telefon kat telinga pastu cakap hello.. hello..padahal cakap sorang sorang tu..
-Banyak dah paham apa mama cakap..


Moga zulhakimi zaim menjadi anak yang soleh yer sayang... dengar kata mama dan papa.. moga berjaya menjadi khalifah yang di segani dunia akhirat,, Amin..




All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

10 insan comel komen

Write insan comel komen
Chic Na
AUTHOR
11/11/2014 9:26 AM delete

dah setahun 2 bulan dah? makin bijak ye hakimi..

Reply
avatar
11/11/2014 9:29 AM delete

: Wahhhh pandai dah Kimi yee.. Cepat je dah besar... ;)

Reply
avatar
eamy milea
AUTHOR
11/11/2014 10:08 AM delete

Semoga zulhakimi zaim jd anak yang soleh dan menyenangkan mama dan papa dia..amin...

Reply
avatar
11/11/2014 11:17 AM delete

memang kejap je membesar. seronok tengok gelagat dia yang comel tu

Reply
avatar
eima
AUTHOR
11/11/2014 2:45 PM delete

alhamdulillah ...semoga menjadi anak yg sihat dan cerdik hakimi

Reply
avatar
Fiqah Feeona
AUTHOR
11/11/2014 4:06 PM delete

Kan..cepat betul mereka membesar...Nanti dah besar dah tak nak kat mama dah..huhuhu

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
11/11/2014 7:00 PM delete

jgn kimi guling2 dekat luar sudahla... kalau kat umah xpa lagi...

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
11/11/2014 9:34 PM delete

betul tu jijah..
anak ciksu bru masuk 3 bulan pon ciksu dah rasa cepatnya.. lahai..
hakimi jgn merajuk2 tau. hihi

Reply
avatar
Sya Nadia
AUTHOR
12/04/2014 2:20 PM delete

Cepat je masa berlalu.. Kita selalu pandang cepat anak kita membesar tanpa sedar masa kita pun berjalan. Kita semakin tua.. Tp itulah sebenarnya kasih syg ibu.. Segalanya utk anak

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!