Desa Dairy Farm Kundasang
kota kinabalu
life in sabah
Lok Kawi Wildlife Park Sabah
Rumah Terbalik Sabah
sabah
tempat menarik di Sabah
Tempat Menarik Di Sabah
7:20:00 PM
Dua tahun tinggal Sabah. belum habis ronda-ronda satu Sabah lagi. encik suami terlebih dahulu pindah semenanjung. nampaknya memang tak dapat la nak jalan-jalan satu Sabah lagi. huhuhu mana tahu datang sabah lagi bila bercuti nanti kan... inshaaAllah Amin..
Memandangkan sekarang cuti-cuti sekolah.. apa kata melancong kat bumi borneo ni..
Antara tempat menarik di Sabah ialah:
Memandangkan sekarang cuti-cuti sekolah.. apa kata melancong kat bumi borneo ni..
Antara tempat menarik di Sabah ialah:
Rumah Terbalik (Upside Down House)
Bila sudah masuk Tamparuli dan memasuki Tuaran, Jangan lupa singgah salah satu rumah yang dibina secara terbalik yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan untuk datang ke Tamparuli, Sabah.
Bila sudah masuk Tamparuli dan memasuki Tuaran, Jangan lupa singgah salah satu rumah yang dibina secara terbalik yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan untuk datang ke Tamparuli, Sabah.
Pekan Nabalu
Terasa kesejukan apabila melalui kawasan yang lebih tinggi dari awan. Sepanjang perjalanan menaiki bukit disajikan pula pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Pekan Kundasang dan Ranau mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan.
Sebelum sampai kundasang jangan lupa singgah Gerai Pekan Nabalu. banyak cenderamata, kraftangan, baju2-baju ada di jual di sini.. murah2 tau!
Kundasang, Gunung Kinabalu
Terletak di Daerah Ranau, Kota Kinabalu Sabah. Di sini lah boleh lihat gunung kinabalu yang tersergam indah!
Kinabalu Park
Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya korang berkunjung ke sini korang dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat sejuk dan berkabus. kat sini juga tempat orang nak mendaki Gunung Kinabalu
Kundasang War Memorial
Terletak di Kundasang, lebih kurang 90 km atau 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Taman Kinabalu. Ini tempat peringatan kepada askar-askar British yang terkorban masa perang dulu kala
Desa Diary Farm
Salah satu tempat pemandangan yang cantik di Kundasang. Desa Dairy Farm tengok lembu hitam-putih seperti di New Zealand.. juga di kenali sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. boleh beli air kotak susu lembu fresh dan merasa aiskrim susu lembu.. sedappp!
Poring Hot Spring
Merupakan kawasan rekreasi yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dengan kolam mata air panasnya. Dalam ni juga ada tempat menarik seperti jambatan gantung,Gua Kelawar, Taman Kupu-kupu tetapi nak masuk setiap satunya kena bayar. huhuhu
Lok Kawi Wildlife Park
Terletak di Putatan Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh korang lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (kacukan seladang dan lembu).
Muzium Sabah
Belajar sejarah lama-lama. selain tu terdapat kampung warisan di mana terdapat banyak rumah-rumah suku kaum di sabah ni
Belajar sejarah lama-lama. selain tu terdapat kampung warisan di mana terdapat banyak rumah-rumah suku kaum di sabah ni
Jesselton Point
Merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Pulau Sapi paling sesuai untuk snorkeling dan Pulau Manukan pulau yang paling cantik antara semua.
Signal Hill/ Bukit Bendera
Ni kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar kota kinabalu dari atas bukit..
Pasar Malam Kampung Air
kat sini la daku suka beli mutiara,brooch,rantai,gelang banyak-banyak borong dengan harga murah!
Pasar Filipin
Pasti ramai pernah dengar nama ni kan.. haa.. ini lah tempat shooping untuk beli perbagai cenderahati untuk di bawa balik semenanjung. Ada dua pasar, satu pasar basah dan satu pasar kering yang jual cenderahati,mutiara dan baju-baju. di sebelah pasar pilipin ni pula ada bazar/pasar yang jual makanan fresh seafood macam lobster, udang galah dll..
Actually banyak lagi.. tapi belum berpeluang nak round 1 Sabah lagi.. dari honeymoon,pregnant, dan hakimi 3 bulan tak jemu-jemu pergi sini.. inshaaAllah harap berkesempatan bercuti di sini lagi nanti sebelum pindah semenanjung. InshaaAllah...
apa-apa pun Sabah best!!
14 insan comel komen
ALHAMDULILLAH...SEBAHAGIAN DRPD NYER SY DAH MENJEJAKKAN KAKI LAST YEAR ;-)
ReplyDeleteNi suami dah tranfer ke senenangjung n jijah kat Sabah lagi ek? Waaa seberang laut cina selatan la ek...takpa.. tapi mmg best dan tak puas la jenjln sabah..sngt best... semua tmpt tu klu g berulang pun ttp rasa seronok kan...
ReplyDeleteSis kerja kat sana yee? :) abg sy kerja kat sarawak pun tgh doa byk2 dpt transfer semenanjung T___T
ReplyDeletehanisamanina.com
@Khai♥Rin : anies best kan yunk...
ReplyDelete@CintaHati Lina iya lina.. suami di semenanjung..jijah di sabah.. mmg best.. berulang pegi pon xpernah puas.. suka sgt!
ReplyDelete@Hanis Amanina iya sis.. jijah keje sini.. masih menunggu transfer..sobsob
ReplyDeleteBila lah dpt merasa gi Sabah nih
ReplyDeleteBila lah dpt merasa gi Sabah nih
ReplyDeletebestnya view kat kundasang tu..kita tak pernah sampai pon lg sabah..hope dapat jejak kaki jugak nanti =)
ReplyDeleterindunye kat sabah...tahun lepas 2 kali pegi sabah sebab abg kawin org sana..aiii,,memg cantik la sabah <3
ReplyDeletebestnya jalan jalan di sabah..memang teringin nak pergi..InshaAllah akan sampai sabah kalau ada rezeki dan masa..
ReplyDeleteTeringin nak pegi Sabah.. Insya Allah satu hari nanti
ReplyDeletekundasang tu nmpk best!! bila ntah ada rezeki ke sana
ReplyDeletealahai.
ReplyDeletedlm perancangan nk ke sabah pergi kundasang. tp ntah bila.ingt last year.dpt tahu pregnant.x jdi le..
thanks jijah berkongsi.
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!