Home Progress: Prosedur Membeli Rumah Baru Menggunakan Pinjaman Kerajaan

12:45:00 PM 17 Comments A+ a-


Masa mula-mula nak memohon pinjaman kerajaan ni memang langsung tak tahu macam mana nak buat. atas pengalaman tak seberapa banyak ni boleh la daku nak share prosedur yang telah daku lalui untuk memohon pinjaman kerajaan membeli rumah baru, dan proses nak buat pinjaman.


10 Oktober 2014- Pilih Rumah & Deposit Booking

Dah survey rumah mana nak dibeli. bayar deposit yang pemaju minta.. biasanya kalau kakitangan kerajaan ni, pemaju jarang minta deposit banyak tapi ada jugak pemaju minta deposit 10% dari harga rumah.. masa daku dulu RM100 untuk booked. Tapi nanti dapat balik.. Nama pemaju daku North Elegance Property Sdn Bhd.

11 Oktober 2014- Sign Reservation & Offer To Purchase

Memandangkan daku kerja kat sabah, rumah tu kat N9 jadi staff pemaju sent dokumen kat email.. yang mana daku kena sign dan emailkan balik. Untuk confirm yang kita nak beli rumah tu.

Cara/Prosedur Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

14 Oktober 2014- 
1. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem ini untuk Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan, kita kena buat Pendaftaran ID Baru pada laman web BPP https://sppb.treasury.gov.my. Dah daftar, baru la boleh daftar masuk dan isi permohonan pinjaman. Isi online ni staff pemaju yang banyak bantu daku. Siap tolong isikan lagi borang-borang berdasarkan maklumat kita beri kemudian dia emailkan borang ni untuk kita print. [yang ini lebih baik anda isi selepas dapat dokumen perjanjian daripada pemaju sebab ada maklumat untuk di isi bahagian perumahan].



contoh

29 Oktober 2014

2. Dah siap isi online dalam laman web bpp tu...printkan dan serahkan pada majikan masing-masing untuk tandatangan ketua jabatan dan cop pengesahan beberapa surat yang dah di fotostat. antaranya:
1. surat pengesahan jawatan,
2. surat pengesahan taraf berpencen,
3. slip gaji untuk 3 bulan yang terkini,
4. 3 salinan kad pengenalan dan
5. sijil nikah suami/isteri.

3. Amaun wang proses adalah sebanyak RM100.00 dalam bentuk draf bank atau cek atau dibayar secara online pada "Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan" sahaja untuk setiap permohonan pinjaman perumahan. Wang proses yang telah dikreditkan menjadi hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan.





1 November 2014

4. Sign agreement S&P [Sale & Purchase Agreement] pemaju akan settlekan urusan peguam dan segalanya tentang dokumen. staff pemaju beri beberapa dokumen. antaranya dokumen perjanjian jual beli dimana kena sign 4 borang sama. setiap helaian kertas kena sign. pemaju akan beri 4 salinan, 1 original. yang original pembeli simpan. yang lagi dua guna untuk buat loan. 

5. Lepas tu hantar la segala dokumen pada bahagian pinjaman dan tunggu kelulusan pinjaman. ini pun staff pemaju yang uruskan hantar ke Putrajaya. Untuk semak status pinjaman yang kita buat, kita kenalah rajin-rajin check laman web pinjaman perumahan ni. klik pada menu sebelah kiri tu "STATUS PINJAMAN". 



21 November 2014
Bila pinjaman kita telah diluluskan kita kena hantar "Surat Setuju Terima" download surat setuju terima yang di highlight biru tu printkan dari web, kita tanda tangan peminjam dan minta sign ketua jabatan peminjam juga. lepas tu hantar kat pemaju.. ini kena dalam masa dua minggu saja. kalau lebih 2minggu automatik permohonan kita terbatal!


Daku baru siap Home Progress ni sampai surat setuju terima ni..kalau ada info baru daku share lagi yer.. Alhamdulillah dapat loan 100%. Memandangkan rumah dalam proses pembinaan.. kena lah tunggu sampai rumah tu siap.



Takpela bersusah2 dahulu demi kehidupan kami akan datang yang lebih selesa. Pelaburan jangka masa panjang. Semoga urusan pembelian rumah ini yg seterusnya dipermudahkan olehNya, Amin





All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

17 insan comel komen

Write insan comel komen
Cik Jelita
AUTHOR
11/26/2014 9:32 AM delete

seronoknya dah ada rumah sendiri. good info. nanti turn kite nak beli rumah boleh rujuk sini. ^__^

Reply
avatar
cik pjaz
AUTHOR
11/26/2014 2:01 PM delete

sekarang harga rumah makin naik.. utnung jijah beli awal2 =)thnks for ifo ^^

Reply
avatar
11/27/2014 4:50 AM delete

Rezeki jijah dpt beli rumah..alhamdulillah

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
11/27/2014 12:50 PM delete

@Khai♥Rin : anies ya 100 je.. tu pon nnt tolak utilities..

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
11/27/2014 12:51 PM delete

@Cik Jelita iya boleh cik jelita.. tq sudi komen sini

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
11/27/2014 12:52 PM delete

@cik pjaz cekalkan hati ni..tahu akan datang rumah makinnn mahal

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
11/27/2014 12:52 PM delete

@Azhafizah Md Nor Alhamdulillah fiza.. nanti datang rumah jijah tau

Reply
avatar
eima
AUTHOR
11/27/2014 3:16 PM delete

Tahniah .....

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
11/27/2014 9:38 PM delete

in shaa Allah smga dipermudahkan semuanya aamiin

Reply
avatar
Bazilah (^0^)
AUTHOR
11/28/2014 11:44 AM delete

kt mana rumah ni jijah? kt n9 eh?

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
11/30/2014 10:59 AM delete

@Bazilah (^0^) iya bazilah kat port dickson negeri sembilan

Reply
avatar
Sya Nadia
AUTHOR
12/04/2014 3:03 PM delete

Alhamdulillah.. Dapat rumah sendiri.. Seronok sgt kan.. Sya pun tak sabar nak tunggu rumah sendiri.. Dalam 2 tahun lebih lg rasanya sebab belum naik apa² lg

Reply
avatar
ziezah.com
AUTHOR
12/13/2014 3:40 PM delete

@Sya Nadia xpe sya.. leh simpan duit lg.. banyak duit leh renovate mcm2..heee

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!