Home Progress: Prosedur Membeli Rumah Baru Menggunakan Pinjaman Kerajaan

Masa mula-mula nak memohon pinjaman kerajaan ni memang langsung tak tahu macam mana nak buat. atas pengalaman tak seberapa banyak ni bole...


Masa mula-mula nak memohon pinjaman kerajaan ni memang langsung tak tahu macam mana nak buat. atas pengalaman tak seberapa banyak ni boleh la daku nak share prosedur yang telah daku lalui untuk memohon pinjaman kerajaan membeli rumah baru, dan proses nak buat pinjaman.


10 Oktober 2014- Pilih Rumah & Deposit Booking

Dah survey rumah mana nak dibeli. bayar deposit yang pemaju minta.. biasanya kalau kakitangan kerajaan ni, pemaju jarang minta deposit banyak tapi ada jugak pemaju minta deposit 10% dari harga rumah.. masa daku dulu RM100 untuk booked. Tapi nanti dapat balik.. Nama pemaju daku North Elegance Property Sdn Bhd.

11 Oktober 2014- Sign Reservation & Offer To Purchase

Memandangkan daku kerja kat sabah, rumah tu kat N9 jadi staff pemaju sent dokumen kat email.. yang mana daku kena sign dan emailkan balik. Untuk confirm yang kita nak beli rumah tu.

Cara/Prosedur Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

14 Oktober 2014- 
1. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem ini untuk Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan, kita kena buat Pendaftaran ID Baru pada laman web BPP https://sppb.treasury.gov.my. Dah daftar, baru la boleh daftar masuk dan isi permohonan pinjaman. Isi online ni staff pemaju yang banyak bantu daku. Siap tolong isikan lagi borang-borang berdasarkan maklumat kita beri kemudian dia emailkan borang ni untuk kita print. [yang ini lebih baik anda isi selepas dapat dokumen perjanjian daripada pemaju sebab ada maklumat untuk di isi bahagian perumahan].



contoh

29 Oktober 2014

2. Dah siap isi online dalam laman web bpp tu...printkan dan serahkan pada majikan masing-masing untuk tandatangan ketua jabatan dan cop pengesahan beberapa surat yang dah di fotostat. antaranya:
1. surat pengesahan jawatan,
2. surat pengesahan taraf berpencen,
3. slip gaji untuk 3 bulan yang terkini,
4. 3 salinan kad pengenalan dan
5. sijil nikah suami/isteri.

3. Amaun wang proses adalah sebanyak RM100.00 dalam bentuk draf bank atau cek atau dibayar secara online pada "Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan" sahaja untuk setiap permohonan pinjaman perumahan. Wang proses yang telah dikreditkan menjadi hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan.





1 November 2014

4. Sign agreement S&P [Sale & Purchase Agreement] pemaju akan settlekan urusan peguam dan segalanya tentang dokumen. staff pemaju beri beberapa dokumen. antaranya dokumen perjanjian jual beli dimana kena sign 4 borang sama. setiap helaian kertas kena sign. pemaju akan beri 4 salinan, 1 original. yang original pembeli simpan. yang lagi dua guna untuk buat loan. 

5. Lepas tu hantar la segala dokumen pada bahagian pinjaman dan tunggu kelulusan pinjaman. ini pun staff pemaju yang uruskan hantar ke Putrajaya. Untuk semak status pinjaman yang kita buat, kita kenalah rajin-rajin check laman web pinjaman perumahan ni. klik pada menu sebelah kiri tu "STATUS PINJAMAN". 



21 November 2014
Bila pinjaman kita telah diluluskan kita kena hantar "Surat Setuju Terima" download surat setuju terima yang di highlight biru tu printkan dari web, kita tanda tangan peminjam dan minta sign ketua jabatan peminjam juga. lepas tu hantar kat pemaju.. ini kena dalam masa dua minggu saja. kalau lebih 2minggu automatik permohonan kita terbatal!


Daku baru siap Home Progress ni sampai surat setuju terima ni..kalau ada info baru daku share lagi yer.. Alhamdulillah dapat loan 100%. Memandangkan rumah dalam proses pembinaan.. kena lah tunggu sampai rumah tu siap.



Takpela bersusah2 dahulu demi kehidupan kami akan datang yang lebih selesa. Pelaburan jangka masa panjang. Semoga urusan pembelian rumah ini yg seterusnya dipermudahkan olehNya, Amin





You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. seronoknya dah ada rumah sendiri. good info. nanti turn kite nak beli rumah boleh rujuk sini. ^__^

    ReplyDelete
  2. sekarang harga rumah makin naik.. utnung jijah beli awal2 =)thnks for ifo ^^

    ReplyDelete
  3. Rezeki jijah dpt beli rumah..alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. @Khai♥Rin : anies ya 100 je.. tu pon nnt tolak utilities..

    ReplyDelete
  5. @Cik Jelita iya boleh cik jelita.. tq sudi komen sini

    ReplyDelete
  6. @cik pjaz cekalkan hati ni..tahu akan datang rumah makinnn mahal

    ReplyDelete
  7. @Azhafizah Md Nor Alhamdulillah fiza.. nanti datang rumah jijah tau

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah smga dipermudahkan semuanya aamiin

    ReplyDelete
  9. kt mana rumah ni jijah? kt n9 eh?

    ReplyDelete
  10. @Bazilah (^0^) iya bazilah kat port dickson negeri sembilan

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Dapat rumah sendiri.. Seronok sgt kan.. Sya pun tak sabar nak tunggu rumah sendiri.. Dalam 2 tahun lebih lg rasanya sebab belum naik apa² lg

    ReplyDelete
  12. @Sya Nadia xpe sya.. leh simpan duit lg.. banyak duit leh renovate mcm2..heee

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!