Sunday, October 16, 2011

Jejaka Perancis Pikat Hati Dua Selebriti Wanita Malaysia



Nyatanya jejaka-jejaka Melayu harus berusaha lebih untuk memikat wanita cantik Malaysia seumpama Maya Karin dan juga Nurul Wahab.


Maya Karin berada di Paris, Perancis selama empat hari untuk menjalani penggambaran program televisyen Travelog AirAsia yang mana beliau diundang menjadi selebriti jemputan.


Kunjungan singkat beliau ke kota romantika itu memulakan perkenalan Maya Karin dengan seorang pemuda Perancis yang beragama Islam.




Menurut laporan Utusan Malaysia, Maya Karin di katakan enggan mengulas lanjut tentang hubungan beliau bersama pemuda Perancis ini tetapi mengakui ada hubungan antara mereka berdua.


Satu insiden di Perancis telah menguatkan hasrat Maya Karin untuk memiliki anak & keluarga yang sempurna apabila aktress jelita ini terlihat sepasang suami isteri menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.


Lain pula kisahnya dengan penyanyi Nurul Wahab. Sebelum ini, sudah dengar khabar angin mengenai hubungan cinta Nurul dengan seorang jejaka Perancis, beberapa bulan lalu. Khabarnya, jejaka Perancis berkenaan berjawatan besar dalam sebuah syarikat produk herba. Mereka bertemu tahun lalu dan semakin serius menjalinkan hubungan.




Malah, pemergian Nurul ke Eropah tidak lama dulu berkemungkinan untuk bertemu dengan keluarga buah hatinya.


Namun berita terbaru, mengatakan Nurul sudah berumah tangga dengan buah hatinya itu. Khabarnya sudah heboh cerita di kalangan rakan-rakan anaknya Ayu Nazirah yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah, Johor Bahru, mengenai berita perkahwinan Nurul dan jejaka Perancis berkenaan.



“Soal status, saya tidak mahu komen. Soal peribadi, sama ada sudah punya kekasih atau sebaliknya, biarlah saya simpan. Apabila saya berkongsi cerita kegembiraan, ada pula yang menyumpah seranah dan mengutuk saya di belakang. Berkaitan cerita kekasih, no komen! Jadi, soal siapa yang berkawan atau siapa pilihan hati, usah ditanya lagi. Bila saya terbuka hati dan sudah bersedia, saya akan mengumumkannya nanti, katanya yang akan muncul dengan sebuah single yang menggabungkan tiga bahasa-Melayu, Inggeris dan Perancis.” – Nurul Wahab


 Semoga kedua-duanya bahagia disamping jejaka Perancis yang bertuah itu. =)


13 comments:

  1. laku juga janda malaysia ni kan...hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe. untunglah nurul dengan maya

    ReplyDelete
  3. mak ai nurul dah kahwin ye..memang tak penah dengar lagi gosip ni..hehe

    ReplyDelete
  4. dah habis dah kut lelaki melayu....huhu

    ReplyDelete
  5. dimanakah jejaka malaysia kita? hehehe

    smg mereka bahagia.. warganegara x penting, yg penting hati kita dah suka dan kita bahgia.. jika mereka dah sedia Islam lagi bagus :-)

    ReplyDelete
  6. jejaka perancis itu saya lah hahahah

    ReplyDelete
  7. haaaaaa..eloklah tu. kahwin cecepat..hehe..:P

    ReplyDelete
  8. untunglah jadi artis semuaorang luar negara pun nak... huhu kalau tak jdi artis orang luar negara pandang ke tidak eh? hehehhe jodoh masing2 kan...

    ReplyDelete
  9. jiejah kite pun retis juga ekekkee :P

    ReplyDelete
  10. untunglah kan bila dah femes,glamers. smpai org luar negara pon pandang artis kita..jgn terdedah sana sini sudah la..huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!