Tuesday, October 11, 2011

Tips Mengelakkan Bibir Menjadi Kering



Bibir yang kering akan membuatkan penampilan seseorang wanita tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda dan anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya, sedangkan tindakan itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

1. Sapukan krim khas untuk merawat  bibir seperti  lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.
2. Anda juga boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.
3. Atau anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.
4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih 1 1/2 tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari. Ia boleh menyebabkan bibir anda nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam, kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering  tidak lagi kelihatan.
6. Jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar dan mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut  bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel-sel kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan.


 lagi Tips Bibir


selamat mencuba ^^


15 comments:

  1. tips yg bagus..tpi sy hnya rajin 2-3 hari je..pastu malas balik.....

    ReplyDelete
  2. pakaila lip ice lisa surihani
    hehe
    jmput ke blog :)

    ReplyDelete
  3. wah..bibir yui xmenawan la gtu..haha..

    ReplyDelete
  4. err..berus bibir?tak pernah lg..tapi setakat ni bibir fiza xde masalah..cume kalau kering tu tandenye kurang air la tu..tapi nasib x teruk sgt...thanks jijah share info..nk try beruslah nanti >.<

    ReplyDelete
  5. thanks 4 da info... bibir deno mmg slalu kering... lebih2 lagi kalau bangun pagio tu merekah-rekah....

    ReplyDelete
  6. kite percaya sapu lip balm ni bekesan. sejak preggy memang tak tinggal lip balm ni. lagi lah awal2 dlu dehydration..lips memang mengelupas..tapi alhamdulillah..amalan lip balm ni berkesan :)

    ReplyDelete
  7. ^_^ bawak lip balm selalu kemana-mana tak la nampak bibir merekah,megelupas tanda kering...lagi satu jangan jilat bibir. nnt bertambah kering :)

    ReplyDelete
  8. xpenah bibir merekah pon..! hikss :)

    ReplyDelete
  9. xpenah bibir merekah pon..! hikss :)

    ReplyDelete
  10. hehehe :) selamat mencuba..bebaskan dirimu dr bibir kering ...:p

    ReplyDelete
  11. oh ya ke jilat bibir akan bertambah kering?selalu juga buat kadang tu tak sempat nak pakai lip balm,minyak zaitun ke apa..info yang berguna akan cuba saya amalkan terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  12. nurhamizatulzullraooh: sesama :0 memang sebab air liur akan mhakis bila terkena cahaya matahari :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!