Petua Untuk Memiliki Bibir Menawan

Bagaimana nak memiliki bibir yang menawan.. Boleh baca juga TIPS MENJAGA BIBIR 1. Minum lapan gelas air putih setiap har...


Bagaimana nak memiliki bibir yang menawan..


Boleh baca juga TIPS MENJAGA BIBIR

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalan ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.

Mari amalkan...



You Might Also Like

31 insan comel komen

  1. boleh diamalkan ni.. huhu..

    ReplyDelete
  2. wah ! good tips yg boleh diamalkan..

    ReplyDelete
  3. akan diamalkan dgn minum air.. hehehe

    ReplyDelete
  4. petua-petua..I like. Singgah sini sis...:)

    ReplyDelete
  5. kdg2 kerana lidah, bibir pecah..huhu

    ReplyDelete
  6. elakkan mengumpat tu yg penting .. hahaha

    nnt mulut busuk mcm longkang :D

    ReplyDelete
  7. eh kak nk bg tawu .. akak ditag kt latest entri sy :)

    ReplyDelete
  8. bibir yg mulus akan menyerikan senyuman yg menawan kalbu...manisnya senyumanmu terukir dibibir...(^_^)

    ReplyDelete
  9. addin tak reti nak pakai lipstick ! uhuhu

    ReplyDelete
  10. gud info. bibir kering sangat T______T

    ReplyDelete
  11. eiii
    seksinya bibir he3
    oh..air liur
    lg tambah kering
    baru tau

    ReplyDelete
  12. tips yang berguna..bolehlah diamalkan nak bibir macam angelina jolie seksi sangat

    ReplyDelete
  13. nurhamizatulzullraooh: bibir angelina jolie sgt cantik kan! peh memang seksi. selamat mencuba ^^

    ReplyDelete
  14. nk bibir seksi jgn ngumpat tau..hihi ;)

    ReplyDelete
  15. akk suka entry ni!!! sebab bibir akk memang jenis cepat sangat2 kering..

    nnti nak cuba tips yg jijah bgtau ni.. mana tau berkesan kan.. tq dear!

    ReplyDelete
  16. Thanks sharing cik misi. Misi kena brbibir indah agar pesakit senang hati.

    ReplyDelete
  17. bibir ku dah munggil ckup menawan wakakaa..hihihi :P

    ReplyDelete
  18. @Cinta Misteri haha pesakit pon budak2 jer..ngeee

    ReplyDelete
  19. @shidaR terbaik la shida punya bibir..heee

    ReplyDelete
  20. akak, sy paling suke tips yg last skali tu. hehe

    ReplyDelete
  21. @aisya hehe jom kita amalkan.. pasti bibir kita pon menawan kan..ngehngehngeh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!