Kerana Hasad Dengki Guna Patung Sihir

Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir...


Patung sihir pesaing


Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.


Nauzubilah. mintak mintak ilmu sihir ni di jauhkan dari keluarga kita. kerana dendam macam-macam orang boleh buat kan. jaga perbuatan oke.

You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. manusia cmtu mmg teruk!!

    nk sng cara mudah!!

    ReplyDelete
  2. bnda ni syirik kot. sbb buat naya org n mntak prtolongan slain dri Allah.

    ReplyDelete
  3. mintak mintak dijauhkan dari anasir-anasir jahat macam ni..aminnn

    ReplyDelete
  4. datok3, dah kaya nak dengki kan org laki..hmm

    ReplyDelete
  5. Tak boleh percaya. Walaupun orang buat sihir, kita perlu yakun bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa dalam menentukan rezeki. Sihir tiada kuasa. Inilah sebabya kita mulakan dengan La ila (tiada TUHAN) ha illaAllah (selain Allah) ....

    ReplyDelete
  6. Saudari, jangan kamu sebarkan perkara tahyul seperti ini. Umat Islam dilarang sama sekali mempercayai sihir, baik yang mengena dan yang dikena. Tiada yang menentukan rezeki dan untung rugi selain Allah. Tiada yang menentukan nasib, ajal, maut, sakit, sihat kecuali Allah.

    ReplyDelete
  7. Tak boleh percaya. Walaupun orang buat sihir, kita perlu yakun bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa dalam menentukan rezeki. Sihir tiada kuasa. Inilah sebabya kita mulakan dengan La ila (tiada TUHAN) ha illaAllah (selain Allah) ....

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!