Sunday, November 27, 2011

Tukang kebun parah disondol babi hutan 60kg





Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa, Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.

Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.

"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak atap zink yang diletakkan di luar rumah.

"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.


wah makin berani pulak babi hutan ni masuk rumah orang eh. menakutkan je. huhuhu
orang kata kalau jumpa babi hutan kita kena berlari zigzag eh sebab babi hutan boleh lari lurus je. die tak boleh bengkang bengkok. hehe

5 comments:

  1. banyak pulak babi hutan dok berkeliaran..huhu..bahaya ni dok kawasan hutan2..

    ReplyDelete
  2. cian kan. tempat bahaya lak tuh disondolnya.kawasan rumah pun,belakang semak.

    ReplyDelete
  3. bahaya betul... babi hutan ni kerja menyondol je

    ReplyDelete
  4. die cari mangsa. sondol jelah. hehe

    ReplyDelete
  5. kalau kene kejar dgn ba alif ba ya ni dgn ular orang kate lari zig zag kan macam jijah cakap tu..tapi cemane la kite nak lari camtu..tak rase lambat ke camtu..huhuu..semoga mangsa cepat pulih

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!